in

Aplikasi GRADUAN x Waze Memudahkan Penganggur Mencari Kerja. Muat Naik Sekarang!

Graduan Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Aplikasi GRADUAN x Waze Memudahkan Penganggur Mencari Kerja. Muat Naik Sekarang!
Loading
/

Memang tidak dinafikan bahawa para graduan kini sukar mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Namun kini anda tidak perlu lagi risau kerana aplikasi terbaru yang membantu anda mendapatkan pekerjaan yang sesuai telah dilancarkan!


Menurut Malaysian Digest, GRADUAN bekerjasama dengan aplikasi lalu lintas dan navigasi, Waze bagi membolehkan anda mencari peluang pekerjaan berhampiran lokasi anda!

Graduan2
sumber: new event

Memandangkan Malaysia mempunyai paling ramai pengguna aktif aplikasi Waze, dengan 2 juta pengguna di Lembah Klang sahaja, GRADUAN x Waze menawarkan platform yang berdaya maju di mana orang ramai mencari pekerjaan dengan hanya menggunakan aplikasi tersebut.

Pengarah GRADUAN, Nabil Marie berkata, dengan hanya klik GRADUAN di aplikasi Waze, anda akan diberikan lokasi pekerjaan dalam radius lima kilometer dari lokasi anda.

G2

“Mereka boleh menggunakan Waze untuk ke destinasi berkenaan. Orang ramai atau lepas universiti boleh menggunakan aplikasi berkenaan tanpa perlu menggunakan kaedah lama seperti mencari dalam portal pekerjaan di internet.”

Interview2
sumber: share blog

Setakat ini, 100 syarikat sudah bekerjasama dengan GRADUAN untuk menawarkan pekerjaan dan antaranya adalah Sime Darby, Maybank dan Axiata. Orang ramai di kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor sudah boleh menggunakan aplikasi itu.

Graduan Company

Graduan Company1
sumber: youtube

Menurut Nabil lagi, selain menawarkan pekerjaan, GRADUAN juga ingin membantu mereka untuk memudahkan cara atau teknik mencari pekerjaan sekaligus dapat mengurangkan pengangguran pekerjaan dalam negara.

“Mereka boleh mencari pekerjaan berhampiran rumah atau di mana mana sekalipun.”

Tonton video di bawah:

Kepayahan mendapatkan pekerjaan kini berkurang kerana bantuan dari GRADUAN x Waze ini. Terima kasih!

Baca: Jakim Lancar Aplikasi Telefon Pintar Untuk Semak Status Halal Produk Makanan

Halalan Toyyib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.