in

Lelaki Kantoi Curi-curi Ambil Gambar Dada Wanita Dalam Lif di Setapak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki Kantoi Curi-curi Ambil Gambar Dada Wanita Dalam Lif di Setapak

 
 
00:00 /
 
1X

Kenapa masih wujud spesis lelaki miang macam ni eh?


Baru-baru ini dua orang gadis menangkap kelakuan seorang lelaki pelik yang didakwa telah mengambil gambar mereka berdua tanpa kebenaran. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10.45 malam di sebuah lif dekat dengan lobi.

Sumber: Facebook

Mangsa yang dikenali sebagai Crystal Leong telah mendedahkan detik cemas tersebut yang berlaku di PV15, Setapak. Berikut apa yang diceritakannya:

“Lelaki itu ambil gambar bahagian atas badan saya dan sepupu perempuan, dan kelakuannya itu telah disedari oleh seorang gadis lain. Gadis tersebut berjalan ke lobi dan nampak lelaki berkenaan sedang mengambil gambar kami.”

“Dia kemudian cepat-cepat memberitahu kami dan saya berhadapan dengan lelaki itu kerana terasa seperti dicabul. Saya minta untuk periksa telefonnya.”

“Saya betul-betul nampak gambar-gambar kami. Tapi belum sempat saya pegang telefonnya, dia terus padam gambar itu.” Ciss pantas betul! 

Sungguhpun gambar mereka sudah dipadam, mangsa tidak perlu susah hati kerana masih ada banyak bukti yang menunjukkan lelaki tersebut memang suka mengambil gambar wanita secara curi-curi.

Mangsa telah menjumpai beberapa lagi gambar wanita lain yang kebanyakannya memfokuskan ke arah bahagain buah dada mereka. Dasar gatal! 

“Risau dia bakal cederakan saya, saya kembalikan telefon tersebut kepadanya. Saya kemudian merakam video lelaki tersebut sebelum seorang gadis lain yang berani datang menegurnya.” 

Rakaman CCTV di dalam lif tersebut juga jelas menunjukkan pertengkaran di antara gadis-gadis tersebut dengan lelaki miang itu. Gadis yang membantu mangsa dan sepupunya kemudian ditemani seorang lelaki muda yang juga berada di dalam lif tersebut sebaik sahaja suspek keluar dari lif.

Susulan dari insiden tersebut, mangsa membuat laporan polis pada keesokan paginya di balai polis Setapak.

Sumber: Facebook

Insiden yang tular itu mendapat pelbagai respon dari netizen yang turut marah dengan kejadian tersebut. Salah seorang netizen meninggalkan komen berbunyi,

“Ya, kejadian ini benar berlaku. Anda harus berhati-hati dengan warga asing juga kerana mereka sangat ‘gatal’. Percayalah, saya kenal beberapa orang dari mereka dan mereka suka ambil gambar perempuan di tempat awam. Saya pernah periksa telefon mereka sebelum ini dan mangsa mereka adalah wanita dari pelbagai jenis kaum dan umur.”

Harap-harap suspek ditahan polis secepatnya. Makin menjadi-jadi pula gatal mereka ni. Tak serik-serik!

Baca: Lelaki Pertengahan Usia Kantoi Ambil Gambar Dan Rakam Video Gadis Di Stesen KTM Petaling

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.