in

Lelaki Pertengahan Usia Kantoi Ambil Gambar Dan Rakam Video Gadis Di Stesen KTM Petaling

G2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Eh, makin ramai pulak pakcik gatal sekarang ni. Bukan nak main isu jantina, tapi memang dah banyak cerita pasal lelaki berusia yang pervert kita dengari…

Menurut World of Buzz, seorang wanita berdepan dengan insiden malang ketika menaiki KTM semalam, 24 Mei.


Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Samantha sedang menunggu keretapi di Stesen KTM Petaling sebelum menyedari seorang lelaki yang duduk tidak jauh darinya sedang mengambil video dan gambarnya.

Pada ketika itu, dia masih kurang pasti jika lelaki berkenaan benar-benar mengambil gambarnya. Bagaimanapun, keraguannya itu dapat dipastikan sebaik sahaja dia nampak lelaki tersebut menghalakan telefon ke arahnya.

G3
sumber: world of buzz

Kecewa dengan apa yang berlaku, Samantha kemudian membuat keputusan untuk berdepan dengan lelaki itu. Ketika sedang berjalan ke arahnya, lelaki itu masih berani mengambil gambar Samantha! Teruknya perangai.

Menurut Samantha, pada ketika itu, semua yang berada di platform tersebut hanya memerhatikan tindakannya berdepan dengan lelaki tersebut.

Dia mula berasa malu dan berkata, “Kenapa awak buat macam ni? Kenapa hal macam ni pun nak kecoh? Dah la!”.”

Saya beritahu dia, “Mestilah saya kecoh, umur awak dan saya sangat jauh jaraknya dan awak mengambil beberapa gambar seorang gadis muda, apa yang awak cuba lakukan?”.”

Lelaki tersebut kemudian menafikan bahawa dia telah mengambil gambar wanita itu dan kelam kabut meletakkan semula telefonnya di dalam poket. Tau pun cuak!

Tidak mahu berputus asa, Samantha memintanya menunjukkan gambar-gambar yang diambil, namun lelaki itu enggan berbuat sedemikian.

Keretapi kemudian tiba di stesen itu dan Samantha tekad untuk terus mengejarnya, jadi dia mengekori lelaki berkenaan sehingga ke dalam keretapi.

G4 1
sumber: world of buzz

Saya tidak akan lepaskannya. Dalam fikiran ketika itu, saya tertanya-tanya, entah sudah berapa ramai gadis yang menjadi mangsa perangainya.”

Saya nampak dia melalui jalan yang sama dengan saya sehari sebelum kejadian, jadi saya sangat pasti dia akan turun di stesen yang sama, iaitu Stesen KL Sentral.”

Samantha terus membuat aduan mengenai lelaki itu kepada polis bertugas di laluan keluar sebaik sahaja tiba di stesen tersebut.

Ketika ternampak wanita itu bercakap dengan polis bertugas, lelaki tersebut berpatah balik ke platform tempat mereka turun dari keretapi.

Samantha kemudian mengekorinya dan menurutnya lelaki itu bermain dengan telefon bimbit sepanjang diekori.

Saya syak dia sedang mencuba padam kesemua gambar serta video saya dan mungkin perempuan lain juga.”

Selepas berjaya menangkapnya, lelaki itu masih menafikan bahawa dia mengambil apa-apa gambar. Syak wasangka Samantha bahawa lelaki itu telah memadam semua di telefon bimbitnya ternyata benar apabila mereka tidak jumpa apa-apa yang disimpan di telefon lelaki tersebut.

Saya terus pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan memandangkan saya tersangat takut tentang keselamatan saya, sekarang lelaki itu sudah tahu waktu dan laluan yang saya ambil setiap pagi untuk ke tempat kerja.”

G5
sumber: world of buzz

Menurutnya lagi, dia berkongsi pengalaman ini dengan harapan mahu mendidik wanita muda yang lain untuk berani mengambil tindakan dan tidak takut untuk berdepan dengan pesalah laku seperti lelaki berkenaan.

Jangan takut okay, berani kerana benar!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.