in

Lelaki Kaki Pukul Rempuh Rumah Mentua Dengan Lori Lepas Halau Isteri & Anak-Anak

Ft Rempuhrumahmentua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki hilang pertimbangan telah bertindak di luar kawalan dan merempuh rumah mentuanya dengan niat mahu mengganggu isteri dan anak-anaknya. Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 28 Jun lepas kira-kira jam 10 malam di Pekan Nanas, Johor.


Melalui perkongsian ahli politik MCA Tan Eng Meng di Facebook, lelaki itu merupakan seorang kaki pukul dan telah menghalau isteri serta anak-anaknya keluar dari rumah. Namun selepas mereka menumpang rumah ibu bapa isterinya itu, lelaki itu hilang pertimbangan dan bertindak merempuh rumah mentuanya dengan lori.

Rumah3

Beberapa hari yang lalu, saya menerima makluman daripada Ahli Majlis Daerah Pontian, En. Krishnan Kumar bahawa sikap keganasan seorang lelaki India memaksa isterinya bawa anak-anak tumpang di rumah ibubapa isterinya.

Selepas menghalau keluar isteri dan anak-anaknya, lelaki itu hilang pertimbangan. Dia cuba memandu kearah pintu pagar rumah mentuanya dengan niat menceroboh dan mengganggu isteri dan anak-anaknya.”

Rumah1

Rumah2

Tiada yang dilaporkan tercedera akibat daripada tindakan agresif lelaki tersebut. Difahamkan, wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu kerap didera oleh suaminya yang sering menumbuknya berkali-kali menyebabkan dia mengalami lebam-lebam di badannya.

Lelaki itu dilaporkan telah pun ditahan pihak berkuasa dan polis juga diminta untuk menjaga keselamatan wanita tersebut dan anak-anaknya. Menurut Tan Eng Meng lagi, pihaknya akan membantu membaik pulih bahagian rumah yang mengalami kerosakan.

Usah guna kekerasan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Sebaliknya sebarang masalah harus diselesaikan secara baik, tanpa memilih jalan kekerasan.”

Baca: Bengang Isteri Balik Dari PJJ Terus Minta Cerai, Lelaki Nekad Hancurkan Rumah

Robohkan Rumah Sebab Isteri Minta Cerai

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.