in

“Rindu ibu rupanya” – [VIDEO] Ramai Sebak Lihat Interaksi Bayi Dengan Ibu Separa Koma Mangsa Dera Suami

Bayi Ibu Koma Dipukul Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, tular kisah mengenai seorang wanita bernama Jahidah Nordin yang sedang hamil koma akibat dibelasah suaminya.


Walau bagaimanapun, Jahidah sudah selamat melahirkan bayinya pada Disember tahun lalu meskipun keadaannya masih dalam separa koma.

Jahidah 1

Kisah Jahidah dan bayinya yang kuat menghadapi dugaan ini telah mendapat perhatian ramai yang bersimpati dengan nasib dua beranak itu.

 

“Nufail meragam tadi… bila letak tepi ibu…” 

Baru-baru ini, salah seorang ahli keluarga Jahidah telah memuat naik satu video yang meruntun hati di TikTok menerusi akaun @ziah_zara11.

Video itu memaparkan bayi Jahidah, yang menurut perakam video itu dalam keadaan meragam, namun ajaibnya bayi ini tiba-tiba tidur lena selepas diletakkan di sebelah ibunya.

Rindu ibu rupanya,” tulis kapsyen video itu.

@ziah_zara11

rindu ibu rupanya..?#mangsaderasuamidayus #braindamage #babyajaib #ziahzara #eshannufail

♬ suara asli – pisces,,85 – pisces,,85

Menurut video itu juga, Nufail seorang bayi yang kuat kerana lahir dari rahim seorang ibu yang koma. Ibunya pula pada ketika itu hanya minum susu melalui tiub tapi mampu melahirkan seorang bayi yang sihat seperti Nufail ini.

Pemilik video bernama Ziah ini juga berkata, kakaknya Jahidah kini masih dalam keadaan separuh koma dan terlantar sakit.

Jahidah

 

“Ya Allah aku tak kuat melihatnya…” 

Video tersebut ternyata mengundang rasa duka di hati netizen yang melihatnya dan ramai yang mendoakan semoga ibu ini dapat kembali sihat seperti sediakala.

Ada juga di kalangan netizen yang meminta adik wanita itu untuk sentiasa meletakkan bayinya di tepi dengan harapan si ibu sedar tidak lama lagi dek kerana pertalian ibu dan anak yang kuat.

Sedih Ibu Koma

Sedih sangat tengok keadaan ibu dan anaknya. Marilah kita sama-sama doakan semoga Jahidah cepat sembuh dan dapat memeluk cahaya matanya sama seperti ibu-ibu di luar sana. 

Baca: “Baby dah boleh bawa balik” – Wanita Hamil Parah Dipukul Suami Telah Selamat Melahirkan Bayi

Koma

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.