in

“8 tahun saya tanggung derita” – Dapat Suami Tak Ada Belas Kasihan, Wanita Kena Rogol Beberapa Jam Lepas Beranak

Suami Durjana

Bukan hanya terpaksa hidup dengan suami yang tiada belas kasihan tapi juga nyawanya hampir melayang dek kerana kerakusan lelaki itu. Itulah yang menimpa wanita bernama Natasha di mana dia berkongsi kisah silamnya bersama bekas suami. Menurut Mirror, pasangan itu berjumpa ketika Natasha berusia 17 tahun.

Disangka prince charming namun rupa-rupanya Natasha menjadi mangsa keganasan rumah tangga kerana didera. Sepanjang bersama lelaki itu hidupnya diselubungi ketakutan dan paling teruk, ketika masih bersama lelaki tersebut Natasha pernah dirogol hanya beberapa jam selepas melahirkan bayi.

Beranak

Nampak macam hidup dia baik-baik saja tapi dia ibarat raksasa yang mengongkong saya. Selama 8 tahun saya hidup dengannya, hati saya hancur setiap hari, sedikit demi sedikit.”

Atas nama cinta dia memanipulasi saya dan menjadikan ia kelihatan normal.”

Bukan itu, bekas suami Natasha langsung tidak membenarkan dia keluar untuk bekerja selain turut mengugut untuk membunuhnya jika dia buka mulut tentang penderaan tersebut.

Saya mengambil masa yang sangat lama untuk sedar bahawa suami menjatuhkan maruah saya, menyakiti dan memanipulasi saya dalam bentuk mengongkong serta penderaan.”

Abuse1

Dia akan rogol saya dan keesokan hari dia lagak seperti apa yang dia lakukan itu normal. Ketika anak saya lahir, saya mula rasa berani. Saya nak pergi tapi tak tahu macam mana, suami ugut untuk bunuh anak jika saya cuba lari.”

Selepas penat menanggung derita, pada tahun 2015 Natasha memberanikan diri untuk membuat laporan. Dia akhirnya bercerai dan lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara.

Natasha kini bahagia bersama suami baru dan dikuarniakan seorang lagi anak.

Natasha

Baca: “Husband siap belasah dia sebab tampar bff” – Wanita Bunuh Diri Lepas Dapat Tahu Suami Sendiri Curang Dengan BFF

Collage 8

Sumber: Mirror