in

Bengang Isteri Balik Dari PJJ Terus Minta Cerai, Lelaki Nekad Hancurkan Rumah

Robohkan Rumah Sebab Isteri Minta Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penceraian pasangan dari Ponorogo, Indonesia ini mendapat perhatian ramai selepas viral si suami nekad mahu menghancurkan rumah kelamin mereka yang bernilai 400 juta Rupiah (RM115,140).


Menurut Detik, si suami, Agus Purwanto kecewa kerana isterinya, Anjar Trisnawati didakwa curang selepas wanita itu yang baru pulang bekerja dari Hong Kong enam bulan lalu tiba-tiba memohon untuk bercerai.

Pembongkaran Rumah Di Ponorogo 2 169

Malah apa yang membuatkan Agus lebih geram apabila isterinya sudah tinggal dengan skandalnya semasa keputusan cerai belum pun diumumkan lagi. Aduhai… 

Perempuan (Anjar) itu di Hong Kong, kontrak 3 tahun kalau tak salah. Jadi yang Agus di rumah cuma kerja tak tahu soal lain. Anaknya jujur Agus itu. 

“Tahu-tahu yang Anjar ada laki lain. Agus dipanggil ke mahkamah katanya proses cerai, Agus terkejut. Ada salah apa,” cerita jiran Agus, Sugiono.

Disebabkan itu, Agus yang tidak dapat menerima kenyataan telah mengambil keputusan untuk menghancurkan rumah milik mereka dengan mengambil semula kayu yang dipasang dalam rumah tersebut.

Rumah yang dibina pada tahun 2014 ini sebenarnya telah dibuat menggunakan kayu pemberian orang tua Agus. Oleh itu, Agus mengambil keputusan untuk memulangkan semula kayu-kayu berkenaan ke rumah ibu bapanya.

Kecewa Istri Selingkuh Rumah Senilai Rp400 Juta Dihancurkan Sang Suami Myq

Manakala rumah itu pula menurut sumber adalah milik isterinya, Anjar.

Tahu-tahu adik saya sudah dilepas, ertinya disuruh pulang ke rumah orang tua. Terus rumah dibongkar. Asalnya inti rumahnya begini, dulu waktu bikin rumah kayunya dari adik saya, dari bapak saya,” kata Gunanjar, kakak Agus.

Rata-rata warga setempat yang kasihan dengan nasib Agus datang membantu membongkar kayu di rumah tersebut. Agus katanya hanya mengambil kayu seperti kuda-kuda, jendela dan lain-lain manakala tembok tidak dibongkarnya.

Rumah Dihancurkan Suami

Manakala pihak berkuasa pula katanya memantau kawasan tersebut kerana bimbang kalau ada pergaduhan berlaku antara dua pihak. Malah menurut mereka, perkara yang berlaku juga merupakan persepakatan antara dua pihak.

Haih macam-macam ye. Suami setia, isteri pulak curang. 

Baca: Lelaki Terkejut Dapat Tahu Teman Wanita Curang Dengan Atuknya, Rupanya Anak Lelakinya itu Pakciknya!

Uncle

Sumber: Detik
Sumber: Sindonews
Sumber: Sindonews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.