in

Lelaki Kaburi Mata Orang Ramai Dengan Berkopiah Namun Mencuri Wang Peti Besi Masjid

Curi Duit Mesjed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Kaburi Mata Orang Ramai Dengan Berkopiah Namun Mencuri Wang Peti Besi Masjid
Loading
/

Benarlah kata orang, jangan menilai manusia dari luaran. Kita tidak tahu apa niat yang tersirat di dalam hatinya kerana lain orang lain ragamnya.


Menerusi perkongsian di Tuan Fauzi Fauzi di laman Facebook, seorang lelaki yang kononnya berkopiah dan berpakaian kemas cuba mengaburi mata orang ramai dengan melarikan sejumlah wang dari peti besi Masjid Al-Furqan, Chendering, Kuala Terengganu.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki tidak dikenali berpakaian kemeja biru, berseluar hitam dan berkopiah masuk ke dalam ruang solat Muslimah.

19554181 1739492299413821 2118625919240046811 N
sumber: facebook
19437743 1739492666080451 8489486614060592967 N
sumber: facebook

Suspek seterusnya dilihat cuba mengambil wang di dalam peti besi tersebut menggunakan lidi, namun mengubah taktiknya dengan menggunakan playar dan memecahkan mangga besi setelah usaha yang pertama tidak berjaya.

Capture 20170703 134211
sumber: facebook
19511266 1739493769413674 378037611364522680 N
sumber: facebook
19437405 1739493416080376 5786301502632394232 N
sumber: facebook

Wang yang berjaya dikeluarkan kemudian dipindahkan ke dalam beg plastik oren dan seterusnya suspek melarikan diri. Wuu gilalah!

Capture 20170703 133858
sumber: facebook
Capture 20170703 134059
sumber: facebook
19247939 1739493056080412 7144891081398597956 N
sumber: facebook

Menurut petugas masjid, Muhammad Zahir Hanaphi, dia mula menyedari akan kecurian tersebut apabila terkejut melihat pintu besi yang terletak di kawasan ruang Muslimah terbuka, lapor Sinar Harian.

Malah kes kecurian ini bukanlah kali pertama berlaku. Imam Masjid Al-Furqan, Suhami Taib menjelaskan bahawa akibat dari kes kecurian yang berulang, pihaknya terpaksa meletakkan CCTV untuk tujuan keselamatan.

Kecurian kali ini melibatkan wang bernilai RM3,000 di samping kerosakan pada peti besi. Berikutan kejadian ini, Suhaimi bercadang untuk meningkatkan sistem keselamatan masjid untuk mengelakkan ia berulang.

Tonton video di bawah:

Berani sungguh orang sekarang ye. Dalam masjid pun sanggup mencuri! Tak takut dosa ke bang?

Baca: Dua Beradik Ditahan Mencuri Wang Tabung Masjid, Guna Telekung Elak Muka Dirakam CCTV

Curiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.