in

Dua Beradik Ditahan Mencuri Wang Tabung Masjid, Guna Telekung Elak Muka Dirakam CCTV

A
SEGAMAT 03 JANUARY 2017 ( METRO JB090K ) Supek remaja lelaki memakai telekung ketika memancing wangdalam tabung di majid Al-Muhajirin di Bukit Siput Segamat yang di rakamkan Kamera Litar Tertutup (CCTV). STR/AHMAD ISMAIL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari, semakin hilang tamadun dan sivik dalam diri anak-anak muda.


Dua beradik ditahan polis kelmarin kerana mencuri wang tabung masjid dan surau di sekitar Bukit Siput, Segamat.

Lelaki berusia 13 tahun dan adik perempuannya berusia 12 tahun itu ditahan di sekitar bandar tersebut jam 11.30 malam selepas siasatan dijalankan meneliti rakaman CCTV di sebuah masjid, lapor Harian Metro.

Dalam rakaman CCTV itu suspek dilihat memakai telekung yang diambil di ruang solat wanita bagi mengelak wajahnya dirakam kamera.

Adik perempuannya pula didapati menggunakan batang lidi yang dilekatkan gula-gula getah di bahagian hujung untuk menarik wang keluar dari tabung di ruang solat masjid berkenaan.

Pencuri
sumber: harian metro

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Yusuf Unis, siasatan mendapati dua beradik terbabit tidak bersekolah.

‘”Polis mengesan mereka melalui rakaman CCTV satu daripada masjid yang melaporkan sering menjadi sasaran pencuri sejak sebulan lalu apabila mendapati tabung masjid sering dipecahkan.”

“Kedua-dua suspek menunggang basikal ke masjid atau surau yang menjadi sasaran mereka.” kata Yusuf.

Suspek juga dikatakan gemar melakukan kegiatan tersebut di antara jam 11 pagi dan 5 petang ketika surau atau masjid sunyi tanpa jemaah bersolat.

Mereka kini direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.