in

Lelaki Ini Minta Penunggang Motor JANGAN Pakai Jaket Terbalik Kerana…

123 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata kita lihat di Malaysia, penunggang motor lebih gemar memakai jaket mereka dalam keadaan terbalik tanpa dizipkan. Jika difikirkan sedalamnya, perkara ini sangat pelik tetapi tanda tanya tersebut seakan-akan pudar kerana ia sudah menjadi kebiasaan. Namun penunggang motor tidak peka dan tidak tahu apa akibat yang akan dihadapi sekiranya mereka memakai jaket sedemikian rupa.


Baru-baru ini terdapat satu perkongsian di Facebook oleh Zairul Eizam, menyatakan hasratnya agar semua penunggang motor yang memakai jaket seperti itu agar diubah secepat mungkin.

“Sejak 18 hari kebelakangan ini, saya lihat terdapat 63 orang penunggang motosikal, memakai baju hujan atau jaket dengan tidak kemas”

Katanya, dia juga penunggang motor seperti orang lain. Sudah menjadi kebiasaannya, setiap kali memanaskan enjin motor, dia akan memakai baju hujan terlebih dahulu, kerana takut-takut sekiranya hujan ketika dalam perjalanan.

2 3
sumber: facebook

Zairul memaklumkan perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja dan ke rumahnya semula dalam lebih kurang 68 kilometer. Setiap kali dalam perjalannya, apa yang dia perhatikan, terdapat ramai penunggang motosikal tidak memakai jaket atau baju hujan dengan cara yang betul.

“Saya faham kalian ingin cepat pergi kerja atau balik ke rumah. Dan saya juga faham ajal dan maut di tangan Tuhan. Tapi, beginilah…”

Niat sebenarnya meminta penunggang-penunggang ini menukar cara mereka memakai jaket tersebut adalah kerana pengalaman yang berlaku sebelum ini.

“Teringat masa saya balik sekolah menengah. Heboh cerita mengenai seorang senior meninggal dunia akibat pemakaian jaket tidak kemas. Punca, jaket yang dipakainya mengibas-ngibas lalu sangkut di sebatang cangkuk kecil pada sebuah lori simen”

1 5
sumber: facebook

Tambahnya lagi, rakannya itu berniat mahu memotong lori simen berkenaan. Tetapi dengan tidak semena-menanya jaket yang dipakainya itu tersangkut lalu tergilis dek lori simen tersebut.

Itulah sebab sebenar dia meminta untuk memakai jaket dengan cara yang betul. Lebih-lebih lagi apabila penunggang motosikal sangat ‘rajin’ untuk mencelah walaupun laluan tersebut sebenarnya kecil.

“Kita tak perasan, akibat pemakaian jaket yang tidak kemas, boleh jadi tersangkut di cermin sisi kereta atau handle motosikal”

3 4
sumber: facebook

Dia turut menceritakan pengalamannya menegur beberapa penunggang motosikal dengan cara yang baik. Didahulukan dengan memberi salam dan kemudian memberitahu tentang pemakaian jaket mereka. Namun ada juga penunggang motosikal yang tidak ambil endah akan nasihatnya.

“Saya juga buat perkara sama kepada pemuda ini. Tetapi pemuda ini lihatnya saya atas bawah. Matanya pandang tempat ke arah saya, malah balas Innalillah. Kemudia dia pergi tanpa sebarang tindakan untuk perbetulkan dan saya lihat sahaja jaketnya mengibas-ngibas”

Alahai memang bahaya.. Seeloknya mencegah sebelum merawat. Buat penunggang motosikal di luar sana, pakai jaket tu kemas-kemas ya!

Baca: Mat Motor Dilabel Mat Rempit, Wanita Dikecam Kerana Kerana Kutuk Mangsa Kemalangan

4 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.