Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai Gara-gara Miliki Wajah Hampir Sama Dengan Vin Diesel

Tambah ke Sumber Pilihan
Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai Gara-gara Miliki Wajah Hampir Sama Dengan Vin Diesel

Siapa tak kenal dengan pelakon popular Amerika, Vin Diesel yang cukup terkenal dengan filem-filem hebat seperti Fast and Furious dan The Pacifier.

Selalu juga kita dengar orang kata yang setiap individu ada tujuh orang kembar atau muka yang sama di dunia ini. Ingatkan benda tu mitos tapi mungkin kata-kata tu ada benarnya juga sebab kali ini ada seorang lelaki Thai yang dikatakan miliki wajah mirip seperti Vin Diesel.


Vin 4Sumber: Game Spot

Menurut Mothership.sg, lelaki berkenaan juga dikatakan telah memuat naik gambar dirinya yang dilihat ada iras dengan pelakon Hollywood itu bermula tahun 2019.

Dia juga gemar berpakaian seperti watak lakonan Vin Diesel dalam Fast & Furious iaitu Dominic Toretto. Boleh dilihat dalam beberapa gambarnya bahawa dia memakai t-shirt berwarna putih dan rantai berbentuk salib, persis seperti karakter Dominic.

Difahamkan, lelaki itu yang tinggal di Chiang Rai, Thailand tahu bahawa ramai yang kata wajahnya seakan sama dengan aktor yang berusia 54 tahun itu.

Sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), fotonya yang dikatakan mirip dengan Vin Diesel itu telah dikongsikan sehingga 76 ribu kali di Facebook.

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang tak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan wajahnya sama dengan pelakon Fast and Furious itu.

Vin 2Sumber: Facebook Mothership.sg

Apa pendapat korang? Betul ke ada iras-iras Vin Diesel ni? 

Sumber: Mothership.sg

Baca: “For family”- Vin Diesel Ganti Tugas Paul Walker, Iringi Anak Perempuan Mendiang Di Majlis Perkahwinannya 

Vin 1

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lelaki Ini Curi Tumpuan Ramai Gara-gara Miliki Wajah Hampir Sama Dengan Vin Diesel
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lelaki-ini-curi-tumpuan-ramai-gara-gara-miliki-wajah-hampir-sama-dengan-vin-diesel/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM