Siapa je yang tak kenal dengan pelakon terkenal filem Titanic, Leonardo DiCaprio ni kan? Memang kebanyakan filem lakonan aktor Amerika Syarikat yang berusia 48 tahun ni meletup, antaranya Catch Me If You Can, The Great Gatsby dan banyak lagi.
Namun, nama Leonardo DiCaprio sekali lagi menjadi bualan masyarakat seluruh dunia sebab kali ini, sejenis spesis pokok yang baru ditemui telah dinamakan bersempena dengan namanya, lapor BBC.

Pokok yang diberi nama Uvariopsis dicaprio itu baru sahaja ditemui awal tahun ini oleh saintis dari Taman Botani Diraja Kew, United Kingdom. Difahamkan, pokok yang bersaiz kecil dengan bunga kuning itu hanya terdapat di hutan Cameroon.
Mesti korang pelik kenapa pulak saintis-saintis ni beri nama Dicaprio kan? Rupa-rupanya ia merupakan tanda penghargaan kepada aktor tersebut yang sememangnya bergiat aktif dalam usaha untuk menyelamatkan Hutan Ebo daripada aktiviti pembalakan

Untuk pengetahuan semua juga, pelakon filem The Beach ini memang terlibat dalam aktiviti menjaga alam sekitar. Namun, pokok baru yang diberi nama dicaprio itu juga difahamkan sedang diancam kepupusan
Walau bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama spesis flora dan fauna dinamakan sempena nama artis ternama kerana menurut WION, sebelum ini, nama Beyonce dan Angelina Jolie juga pernah digunakan untuk menamakan spesis lalat iaitu Scaptia beyonceae horse fly dan labah-labah (Aptostichus angelinajolieae).
Baca: Hati-hati! Empat Pokok Hiasan Yang Viral Ini Rupanya Beracun

