in

“2 isteri duduk sebilik”- Lelaki Thailand Miliki 8 Orang Isteri, Semua Tinggal Sebumbung & Hidup Harmoni!

F4 Kahwin 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam agama Islam, lelaki dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat, namun si suami kenalah jujur dengan pasangan-pasangannya dan perlulah berlaku adil dari segi nafkah isteri dan anak-anak. Barulah keluarga aman damai. 

Namun, bagi seorang lelaki di Thailand ini pula, bukan setakat empat, tapi dia ada lapan isteri! Menurut Oddity Central, lelaki yang dikenali sebagai Ong Dam Sorot itu menjadi tumpuan ramai setelah temu ramahnya untuk rancangan YouTube tentang kehidupannya dengan lapan orang isteri menjadi tular.


Kahwin 8 2

Yang hebatnya lagi, lelaki ini dikatakan tinggal dalam keadaan harmoni dengan isteri-isterinya dalam sebuah rumah yang sama. Difahamkan, setiap bilik menempatkan dua orang isteri. Kiranya, setiap orang akan ada roommate.

Kemudian, mereka akan bergilir-gilir antara satu sama lain untuk bersama suami.

Untuk pengetahuan semua, Ong yang juga merupakan seorang pelukis tatu mengenali isteri pertamanya iaitu Nong Sprite di majlis perkahwinan salah seorang rakannya manakala dia kenal isteri kedua di sebuah pasar dan isteri ketiganya pula dikenalinya ketika ke hospital.

Kahwin 8 4

Isteri keempat, kelima dan keenam pula semuanya dikenali melalui media sosial. Yang ketujuh dan kelapan pula masing-masing Ong jumpa mereka ketika melawat kuil dan bercuti di Pattaya.

Ong telah memiliki seorang anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya dan kini dua daripada isterinya yang lain juga sedang hamil.

Dia sangat mengambil berat dan bertimbang rasa terhadap kami semua. Dia juga melayan kami semua dengan baik,” kata isteri-isterinya.

Ong memang ada minta kebenaran daripada isteri pertamanya untuk berkahwin buat kali kedua dan isterinya setuju asalkan suaminya itu bawa wanita itu untuk berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Walaupun ada yang beranggapan Ong mungkin sangat kaya sehingga mampu berkahwin lapan, namun dia menjelaskan bahawa setiap isterinya ada tugas dan kerja yang tersendiri untuk menyara keluarga.

Isteri-isteri Ong juga mengatakan mereka tak pernah bergaduh sebab suami mereka itu melayan mereka dengan baik.

Kalau boleh berlaku adil dan mampu dari segi kewangan, takde masalah pun nak kahwin ramai. Cuma kalau tahu diri tu tak mampu, tak payah berangan la. 

Sumber: Oddity Central

Baca: “Seronok tengok!”- [VIDEO] Pengantin Perempuan Silat Di Majlis Sendiri Curi Perhatian Orang Ramai 

Kahwin 8 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.