in

“For family”- Vin Diesel Ganti Tugas Paul Walker, Iringi Anak Perempuan Mendiang Di Majlis Perkahwinannya

Cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Vin Diesel mempunyai hubungan akrab bersama rakan selebriti, mendiang Paul Walker yang meninggal akibat kemalangan beberapa tahun lalu.



Meskipun Paul Walker sudah lama pergi meninggal dunia, persahabatan mereka berdua masih lagi kekal utuh sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, Vin Diesel hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan mendiang Paul Walker, Meadow Walker bersama dengan pelakon Louis Thornton-Allan.

Lebih menyentuh hati, Vin Diesel dilihat ‘menggantikan’ tugas mendiang sahabat karibnya apabila dia mengiringi Meadow pada hari perkahwinannya. Khabar gembira ini dikongsikan oleh Meadow sendiri di laman Instagram miliknya.

“Kami sudah berkahwin!!!!”

Dalam video klip berdurasi selama 43 saat itu, Meadow dilihat memakai gaun putih menawan sambil diiringi oleh Vin Diesel untuk lafaz perkahwinan.

Hantaran ini berjaya menarik perhatian peminat Paul Walker dan rata-ratanya tersentuh dengan nilai persahabatan di antara mendiang dan Vin Diesel.

Untuk rekod, Paul Walker maut dalam satu kemalangan pada tahun 2013 semasa Meadow baru berusia 15 tahun. Kemalangan ini menyebabkan penggambaran filem Fast and Furious 7 terhenti seketika sebelum pihak produksi membuat keputusan untuk memilih adik-beradik mendiang menggantikan wataknya.

BACA: Kisah Bonnie & Clyde : Perkara Epic’ Terjadi Sewaktu Pasangan ‘Taiko’ Terkenal Dunia Ini Ditembak Sampai Mati

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.