in

Lelaki Hampir Langgar Dua Remaja Tak Pakai Helmet Dan U-Turn Sesuka Hati

Langgar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Hampir Langgar Dua Remaja Tak Pakai Helmet Dan U-Turn Sesuka Hati
Loading
/

Kan dah pesan, sebelum melintas tu tengok kiri kanan!


Namun, ada juga segelintir orang yang tak boleh faham konsep mudah yang sangat penting itu apabila berada di atas jalan raya.

Baru-baru ini sebuah video telah menjadi tular di Facebook kerana tindakan kurang bijak penunggang motorsikal yang bukan sahaja membahayakan nyawanya malah nyawa orang lain.

Sumber : Facebook

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Yongqing Hengkheng Ong sedang memandu di Jertih, Terengganu apabila kenderaannya hampir bertembung dengan sebuah motorsikal yang dinaiki dua orang remaja tengah hari semalam.

19437396 10154925925245186 6146035730425213991 N E1499422050909
sumber : facebook

Pemandu kereta tersebut sedang memandu di lorong kanan ketika itu manakala motor tersebut berada di lorong kiri. Kedua-dua mereka malah dilihat tidak memakai helmet!

Selepas itu, motor tersebut dengan tiba-tibanya telah memusing ke arah kanan dengan laju kerana ingin membuat pusingan U. 

19702003 10154925925860186 2943449424625396510 N E1499422115923
sumber : facebook

Mujur, pemandu kereta itu peka dengan keadaan sekeliling dan sempat mengelak dari bertembung dengan motorsikal tersebut. Menurutnya, dia juga hampir melanggar tembok jalan dek kerana mengelak daripada motorsikal tersebut.

Video insiden yang dimuat naik pada 6 Julai itu telah mendapat lebih 2,000 perkongsian di Facebook. Netizen ramai berpihak pada pemandu kereta tersebut dan mengkritik tindakan penunggang motorsikal itu. Of course lah kan!

16
sumber : facebook
18 E1499420931905
sumber : facebook

Ramai juga telah beri nasihat supaya lebih berhati-hati di jalan raya supaya perkara seperti ini dapat dielakkan. Pandu cermat jiwa selamat!

15 E1499421015383
sumber : facebook
17
sumber : facebook

Kita sebagai pengguna jalan raya mestilah kena sentiasa berhati-hati. Kalau tak, melayang nyawa!

Baca : Pemandu Kereta Langgar Lari, Heret Motorsikal Hingga Keluar Percikan Api di LDP

Bg 1 E1499423066261

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.