in

‘Lelaki Gua’ Di Serbia Terima Vaksin Covid-19, Gesa Orang Ramai Dapatkan Suntikan Segera

2Gua E1628992128876

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki yang memilih tinggal di dalam gua di Pirot, Serbia selama 20 tahun telah mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.


Panta Petrovic telah mengambil keputusan untuk tinggal di dalam gua bagi mengelakkan mempunyai hubungan dengan dunia luar dan masyarakat sekeliling.

Screenshot 2021 08 14 At 1.35.22 Pm

Pada tahun lepas, ketika Petrovic keluar mendapatkan barangan keperluan di pekan berdekatan, beliau dapat tahu yang dunia sedang dilanda wabak pandemik Covid-19 yang boleh membawa maut. Walaupun tinggal jauh dari komuniti, beliau dengan pantasnya mendapatkan suntikan vaksin sebaik sahaja Serbia mengedarkannya kerana takut akan virus pembunuh itu.

Virus ini tidak memilih. Virus ni mungkin boleh sampai ke gua saya”

Screenshot 2021 08 14 At 1.36.11 Pm

Jelas lelaki berumur 70 tahun itu kepada sumber AFP dalam laporan The Straits Times. Gua Petrovic boleh diakses selepas mendaki sebuah bukit yang curam dalam hutan Stara Planina di selatan Serbia.

Screenshot 2021 08 14 At 1.35.38 Pm

Menjelaskan tentang kenapa beliau memilih untuk menerima vaksin, Petrovic tidak memahami mengapa ada individu yang skeptik terhadap vaksin. Tambah beliau lagi, beliau percaya vaksinasi boleh membendung penularan wabak yang bahaya ini dari terus merebak.

Screenshot 2021 08 14 At 1.35.46 Pm

Petrovic juga berkata yang beliau berhasrat untuk mengambil tiga dos suntikan vaksin termasuk booster seperti yang diwar-warkan media. Beliau juga mengesa orang ramai untuk mengambil vaksin secepat mungkin.

Baca: [VIDEO] Sebak!  Lepas Bertahun Disangka ‘Meninggal Dunia’, Gelandangan Jumpa Semula Dengan Ahli Keluarga

Screenshot 2021 08 14 At 1.39.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.