in

[VIDEO] Sebak! Lepas Bertahun Disangka ‘Meninggal Dunia’, Gelandangan Jumpa Semula Dengan Ahli Keluarga

Fi Laki 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika tak kerana pandemik Covid-19 ini, mesti ramai antara kita yang berminat untuk libatkan diri dalam aktiviti sukarelawan seperti bagi makanan dan barang keperluan kepada golongan gelandangan.


Tapi pernah ke kita terfikir, golongan tersebut mungkin ada kisah mereka sendiri yang membuatkan mereka sebegitu seperti cerita yang ingin dikongsi kali ini.

 

Jumpa gelandangan dicari, keluarga ingat dah meninggal dunia

Beberapa hari yang lalu, ada video yang dimuat naik menunjukkan satu organisasi bukan kerajaan (NGO) memberikan bantuan kepada gelandangan.

Namun perkongsian melalui akaun TikTok @firdaus_nazri ini menunjukkan pemberian bantuan itu menjadi satu kisah yang boleh buat kita sebak.

Ceritanya ketika pihak NGO itu tengah memberikan bantuan, mereka terjumpa seorang lelaki dari kumpulan gelandangan tersebut yang rupanya dah lama dicari oleh pihak keluargnya. Difahamkan juga, gelandangan itu juga dah berapa tahun menghilangkan diri secara tiba-tiba hingga keluarganya ingat dia dah meninggal dunia.

Seterusnya pihak sukarelawan tersebut terus video call ahli keluarga gelandangan itu dan mereka berbual buat pertama kali setelah sekian lama. Ternyata lelaki gelandangan itu berkata dia masih cam dan ingat dengan ahli keluarganya.

@firdaus_nazri

Asbab dari video kami Bagi makan bertemulah seseorang yg dah lama kehilangan ??#fypシ #foryou #foryoupage #viral #gelandangan #fyp #malaysiatiktok

♬ bunyi asal – MfirdausNazri – MfirdausNazri

@firdaus_nazri

TAHNIAH TEAM #jemaahkongsirezeki @censhisenci @semuthitam389 menyambung silaturahim #fypシ #foryou #foryoupage #viral #gelandangan #fyp

♬ bunyi asal – MfirdausNazri – MfirdausNazri

 

Terus bawa pulang, checkup di HKL

Menerusi komen di posting tersebut, difahamkan anak buah gelandangan tersebut mengesahkan bahawa lelaki tersebut ialah pakciknya. Anak saudaranya memberi tahu yang dia pernah terserempak dengan pakciknya dan mengajak dia pulang, tapi dia tetap tak nak.

Setelah bertahun, akhirnya lelaki tersebut di bawa ke rumah keluarganya. Selesai dirapikan, dia terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk buat pemeriksaan kesihatan.

Laki 1 Edit

@firdaus_nazri

DOAKAN ABANG KITA NI DAPAT BALIK RUMAH HARI NI #jemaahkongsirezeki #fypシ #foryou #foryoupage #viral #fyp #gelandangan #malaysiatiktok

♬ Conquest of Paradise – The Fan Lounge

Alhamdulillah dapat dipertemukan semula lelaki tu dengan keluarganya. Seronok je tengok.

 

Baca : “Level international dah ustaz ni” – Netizen Puji Ustaz Ebit Lew Tolong Gelandangan Dekat Afrika Selatan

Foot Laki 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.