in

Lelaki Ditangkap Lepas ‘Kantoi’ Menipu Kata Jadi Jemaah Tabligh Sebab Nak ‘Cabut’ Daripada Ditahan Polis

Arrested2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sudah masuk hari yang ke 15 PKP dijalankan bahkan makin diperketatkan, kita dapat lihat di media sosial masih ramai yang ingkar dengan arahan pihak berkuasa.


Bagi mereka hal Covid-19 satu perkara remeh dan malas nak ikut perintah tegas yang diarahkan oleh pihak berkuasa bagi membendung gejala tersebut macam ada seorang lelaki ni.

Tergamak dia mengambil kesempatan dengan menipu bahawa dirinya ada menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dan mengatakan dirinya mungkin menjadi suspek virus tersebut.

Menurut The Star, Ketua Polis Daerah Kajang  Asst Comm Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, satu pasukan rondaan di Balakong pada Isnin (30 Mac) melihat lelaki itu melepak di kawasan sebuah kondominium sekitar 2 pagi.

Lelaki itu enggan mendengar arahan polis apabila disuruh pulang dan kemudiannya dia ditangkap dan di bawa ke ibu pejabat polis Kajang untuk tindakan selanjutnya.

Semasa disoal siasat, lelaki itu memberitahu bahawa dia adalah salah seorang jemaah tabligh tersebut. Disebabkan itu, lelaki itu di asingkan kerana menyebabkan panik berlaku. Malah, pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan tiba untuk membasmi bakteria di pejabat polis.

Penipuannya terbongkar lepas pegawai kesihatan tersebut temuramah keluarga lelaki itu,

“Apabila kakitangan kami tanya  saudara-mara dan rakan-rakannya, mereka semua memberitahu kami bahawa suspek bukan peserta di tabligh. Kami kemudian menginterogasi suspek lagi, dan akhirnya dia mengaku bahawa dia berbohong untuk mengelakkan diri daripada direman. “

Kes sedang disiasat kerana lelaki itu telah menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan mengikut Seksyen 7 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Suspek juga disiasat kerana memberikan kenyataan palsu kepada penjawat awam.

Wujud juga manusia yang macam ni. Orang lain punya nak bergadai nyawa selamatkan kita tapi mereka ambil sambil lewa. Kalau dah buat salah tu mengaku, jangan huru harakan lagi keadaan.

 

Baca : “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk susahkan orang”- Wanita Maki Polis Masa Ops Covid-19

Sekat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.