in

Lelaki Dibunuh Oleh Sekumpulan Senior Kerana Cemburu Keluar Dengan Pelajar Perempuan Popular

Page 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betullah apa orang kata perasaan cemburu itu amat bahaya kerana manusia boleh bertindak di luar kawalan bila perasaan cemburu menguasai diri.


Samalah seperti kes yang berlaku di Chaiyaphum, Thailand apabila seorang pelajar universiti berusia 21 tahun telah dibunuh secara kejam oleh senior gara-gara cemburu dirinya keluar bersama seorang gadis popular di universiti yang mereka tuntut.

Menurut WOB, kejadian yang berlaku pada 26 Ogos lepas, bermula apabila lelaki tersebut keluar bersama gadis berusia 18 tahun itu sambil ditemani lima sahabat mereka yang lain. Mereka meluangkan masa mereka dengan menghiburkan diri di sebuah pusat hiburan sehingga tamat waktu operasi.

Bangkok Food Tours Yaowarat Chinatown2
gambar hiasan

Sewaktu mereka hendak mengambil motor di tempat letak kenderaan, mereka sedar diri mereka telah dikejar oleh sekumpulan lelaki yang menuntut diri mereka senior. Pasangan itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Malangnya mereka gagal melepaskan diri apabila motor yang mereka tunggang hilang kawalan akibat ditendang oleh salah seorang senior tersebut.

Kejadian telah bertukar menjadi teruk apabila mereka mula bertindak agresif dan memukul lelaki berkenaan. Malah rayuan gadis itu juga turut diendahkan mereka. Apa punya senior ni? Cemburu punya pasal sampai boleh jadi macam ini?

Lebih dahsyat lagi, sebelum mereka melarikan diri, mereka sempat mengambil batu-bata di tepi jalan dan memukul kepala lelaki tersebut sehingga dia rebah atas jalan. Kejamnya!

Screen Shot 2017 08 28 At 10.54.28 Am
sumber: sinchew

Polis kemudiannya menerima laporan pada pukul 3.30 pagi dan menemui mayat lelaki berkenaan terbaring berlumuran darah dengan sebahagian otaknya terburai di hadapan sebuah kedai.

Apabila disiasat, punca kejadian adalah disebabkan kerana kes cemburu apabila lelaki berkenaan keluar bersama gadis popular tersebut. Mereka merancang semua ini untuk memberi lelaki itu pengajaran. Tak baiknya! Kalau cemburu janganlah sampai cederakan orang.

Polis sudah pun mengenal pasti nama-nama penyerang dan mereka akan didedahkan tidak lama lagi.

Kasihan kan? Tak pasal-pasal nyawa seseorang melayang dek kerana cemburu. Kepada mereka diluar sana, janganlah gunakan kekerasan sebagai alasan untuk memberi pengajaran. Banyak lagi cara boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah iri hati. Kalau kita tak dapat gadis itu pun tak apalah. Dah mungkin dia bukan jodoh kita. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk diri sendiri dan juga orang lain. 

Baca: Gadis Mahu Bunuh Diri Kerana Cemburu Teman Lelaki Berbual Dengan Perempuan Lain

Capture 43

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.