in

Lelaki Beri Anjing Rottweiler Peliharaan Makan Kucing Hidup Dikecam Netizen

Page 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dari Dubai baru-baru ini mencetuskan kemarahan netizen selepas merakamkan video dua ekor anjing Rottweiler peliharaannya makan seekor kucing.

Lelaki itu berkata tindakan tersebut adalah sebagai hukuman kepada kucing itu kerana menyerang burung merpati dan ayam di ladangnya.


Anjing
sumber: daily mail

Di dalam video itu, kucing tersebut dilihat berada di dalam sangkar kecil dan diangkat oleh seorang lelaki sebelum pintu sangkar dibuka di hadapan anjing yang diikat itu.

Lelaki berkenaan menghulurkan kucing itu ke mulut salah satu anjing yang kemudian menyerang kucing tersebut menggunakan mulutnya. Kucing itu dapat dilihat berada dalam ketakutan dan mencuba untuk melawan dengan menendang semula mulut anjing tersebut.

Anjing1
sumber: daily mail
Anjing2
sumber: daily mail

Kedua-dua ekor Rottweiler berkenaan dapat dilihat seperti sedang kelaparan kerana begitu rakus dan ganas ketika menyerang. Kucing itu pula dapat dilihat mencuba sedaya upaya untuk melawan ketika diserang. Kesiannya dia ketakutan 🙁

Anjing3
sumber: daily mail
Anjing4
sumber: daily mail

Manusia jenis apa ni, buat sesuatu yang kejam dan merakamkan perlakuan tersebut!

Rakaman perlakuan tidak berhati perut itu kemudian tersebar di internet dan mengundang kemarahan pertubuhan kebajikan haiwan dan ramai pengguna media sosial. Memang marah lah kan!

Anjing5
sumber: daily mail

Tidak lama selepas video mengerikan itu tersebar, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu ditangkap pihak berkuasa tempatan sekali gus menjadi orang pertama yang didakwa mengikut akta baru kebajikan haiwan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang digubal tahun lalu.

Menurut Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Dubai, Mejar Jeneral Khalil Ebrahim Al Mansouri, akta itu membawa hukuman sehingga setahun penjara atau denda antara 50,000 dirham (RM60,572) hingga 200,000 dirham (RM242,288).

Kenapa masih wujud manusia tak berakal, kejam dan tidak berhati perut macam ni?! Dah tiba masanya semua negara ada akta dan udang-undang yang menghukum sesiapa yang berlaku kejam terhadap haiwan. Jangan bila dah terlampau berleluasa, baru terhegeh-hegeh nak fikir kan…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.