in

Leher Remaja Ini Kena Tetak Dengan Pisau Sebab Cuba Lindungi Mak Sendiri Dari Dibunuh Bapa Tiri

Collage 33

Selalunya orang yang ‘terperangkap’ dalam keganasan rumah tangga ni susah nak keluar sampailah sesuatu yang teruk berlaku pada mereka.

Macam seorang remaja yang lehernya ditetak gara-gara cuba untuk melindungi ibunya dari dibunuh oleh bapa tirinya ini.

Menurut WORLD OF BUZZ, ketika kejadian ini berlaku pada malam 22 Jun, remaja tersebut dan ibunya baru je tiba di rumah mereka di apartment Ayer Hitam sebelum bapa tirinya cuba menyerang mereka dengan pisau dapur pada sebelah tangan dan pisau potong buah di tangan lagi satu.

Brave Penang Son Protects Mom From Being Stabbed By His Stepfather Mom Was Stabbed In The Neck World Of Buzz 4

Melihat tindakan bapa tirinya yang cuba untuk mencederakan ibunya, remaja ini bertindak pantas cuba untuk menghalang ibunya dari dicederakan. Malangnya, dia dan ibunya ditikam di leher.

Tak berhenti setakat itu, remaja ini bertindak pantas merakamkan tempat kejadian yang penuh dengan darah itu dengan telefonnya sebelum meminta bantuan dari saudara-maranya.

Keluarga ini kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan. Remaja berusia 21 tahun ini mendapat 20 jahitan di leher dan beberapa jahitan di jarinya. Mujur, kedua ibu dan anak ini selamat dari serangan tersebut.

Kalau korang nak tahu, bapa tiri yang juga mengalami kecederaan di kepala, muka dan badan dan ini telah ditahan semasa dia dirawat wad kecemasan.

Menurut laporan polis remaja ini, bapa tirinya memang selalu mendera ibunya tapi dia tak pernah buat laporan kerana tak nak besar-besarkan cerita.

Ibu ini pula mendedahkan yang lelaki tersebut sebenarnya adalah teman lelakinya dan dia mengamuk sebab suspek wanita ini curang bersama lelaki lain. Sukahati je nak bunuh orang kan?

Kalau kita tengok ada orang yang dekat dengan kita ada masalah keganasan rumah tangga, buatlah laporan sebelum jadi semakin teruk.

 

Baca: Malam Pertama Tak Boleh ‘Masuk’, Lelaki Pukul Isteri Sebab Lubang Miss V Pendek Sangat Tapi…

Screenshot 2019 06 24 At 11.33.55 Am