“Legend ni” – Tampil Di Ipoh, Bekas Penyerang Pasukan Kebangsaan England, Micheal Owen Buat Orang Ramai Teruja

Peminat bola sepak antarabangsa pastinya tidak asing lagi dengan seorang pemain England, Micheal Owen. Sepanjang kariernya, Owen pernah menyertai pelbagai kelab antaranya Liverpool, Manchester United dan Real Madrid.
Terkini, bekas lagenda itu telah tampil di sebuah pusat beli-belah di Ipoh, Perak dalam satu acara promosi. Kehadiran beliau disambut meriah dengan teriak dan sorakan yang menyebut nama beliau. Korang boleh tengok video @ipohcom dibawah.
Artikel berkaitan: 7 Pemain Bola Sepak Antarabangsa Yang Nyatakan Sokongan Kepada Palestin
Artikel berkaitan: Bukan Senang Nak Jumpa, Rezeki Pak Guard Dapat Autograph David Beckham
Legend ni
Rata-rata netizen begitu teruja dengan kehadiran bekas bintang bola sepak England ini ke Ipoh. Ramai yang mengimbau kenangan ketika beliau masih aktif beraksi di kelab-kelabnya.
Haaa… bila sampai Ipoh kena try nasi ganja. Ada orang panggil nasi vanggey. Tak kisah lah, janji kena bawa dia makan makanan Ipoh.
Owen ni banyak kelab sebenarnya. Antara kelab yang beliau pernah join, Liverpool, Manchester United, Real Madrid, Newcastle United, dan Stoke City.
Owen ni kalau digandingkan dengan Steven Gerrard memang seronok tengok. Baik di Liverpool atau pun dekat England. Memang seronok betul tengok dorang beraksi.
Itulah bola sepak. Aksi-aksi yang menarik dan perlawanan yang rancak mesti akan terpahat dalam ingatan. Perlawanan lebih 20 tahun dulu pun masih boleh ingat kan.



