in

Bukan Senang Nak Jumpa, Rezeki Pak Guard Dapat Autograph David Beckham

David Beckham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah untuk berjumpa berhadapan pemain lagenda David Beckham yang baru-baru ini berada di Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan tanda tangannya bukannya mudah dan perlu beratur panjang.


Namun jika sudah tertulis rezeki, sesukar mana pun pasti akan menjadi milik anda.

Seorang ‘pak guard’ bertuah apabila dapat tanda tangan David Beckham di bajunya. Malah, dia berjaya sentuh pemain lagenda itu dengan tangan sendiri!

Rata-rata netizen turut memberi komen betapa bertuahnya pak guard tersebut. Sambil menyelam minum air katanya!

Artikel berkaitan: Victoria Dedah David Beckham Alami Depresi Teruk Lepas Insiden Kad Merah Piala Dunia 1998 Dulu

Artikel berkaitan: Victoria Beckham Masih Nak Berniaga Walaupun Hutang Dah Mencecah RM300 Juta!

Menurut laporan media, lagenda bola sepak berusia 48 tahun itu tiba di Kuala Lumpur dan bakal membuat kemunculan di The Exchange TRX pada 1 Februari lalu.

Kemunculan beliau adalah sempena majlis ‘The World of the Predator Exhibition’ yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan jenama gergasi, Adidas.

Sebelum ini, Beckham berada di Bangkok sebagai duta Adidas untuk meraikan ulang tahun ke-30 but Predator bersama aktor dan penyanyi Thailand, Bright Vachirawit

Dapat jumpa depan-depan siap David Beckham pegang badan dia pula, betul bertuah pak guard tu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.