in

“Saya hormat islam tapi…” – Roberto Carlos Nafi Tukar Agama, Dedah Hal Sebenar

Syaz Ft 2026 08 20T114614.658

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos tampil menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa beliau sudah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo!, bekas bintang Real Madrid dan skuad kebangsaan Brazil itu menegaskan, walaupun beliau mempunyai rasa hormat yang amat tinggi terhadap agama suci tersebut, dakwaan bahawa beliau bertukar agama adalah tidak benar sama sekali.


Artikel berkaitan: Gambar Kahwin Tular, Roberto Carlos Didakwa Peluk Islam Lepas Bernikah Bulan Lalu

Artikel berkaitan: Berpeluk Dengan Tiz Zaqyah, Instagram Jaguh Bola Sepak Roberto Carlos Kena Serang

Khabar angin tersebut mula bertiup kencang di media sosial selepas tular berita perkahwinannya dengan seorang ejen bola sepak wanita kelahiran Maghribi, Souhaila El Tahiri.

Cats 9

Bercakap secara eksklusif kepada akhbar Arab Saudi, Okaz, ikon bola sepak berusia 53 tahun itu memutuskan untuk bersuara selepas spekulasi mengenai status agamanya hangat diperkatakan, terutamanya di media tempatan Turkiye.

“Saya sangat menghormati agama Islam. Malah, saya rasa sangat tenang dan indah setiap kali melihat isteri saya menunaikan solat.

Bagaimanapun, gosip yang mendakwa saya sudah masuk Islam adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Kenyataan terbuka itu sekali gus menafikan laporan beberapa portal media asing sebelum ini yang mendakwa beliau kononnya telah mengucapkan dua kalimah syahadah kira-kira empat minggu lalu di hadapan tokoh Islam terkemuka di Brazil, Sheikh Jihad Hamada.

Isu berkenaan menjadi lebih ‘panas’ apabila seorang Ahli Parlimen Turkiye daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party), Ali Sahin, membuat hantaran mendakwa beliau mendapat tahu tentang “pengislaman” Carlos ketika mengadakan pertemuan dengan wakil komuniti Islam di Brazil.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.