Tragedi hitam menggegarkan arena bola sepak apabila penyerang CD Tenerife, Jesus de Miguel, disahkan meninggal dunia pada usia 30 tahun akibat terjahan keras oleh penjaga gol FC Andorra, Jesus Owono.
Insiden menyayat hati itu berlaku pada minit-minit kecederaan ketika perlawanan divisyen dua Sepanyol terikat 2-2 di Stadium Heliodoro Rodríguez López sebelum terpaksa dihentikan pengadil.
Kejadian bermula apabila De Miguel mengejar bola leret jauh ke kawasan tengah padang sebelum Owono merempuh keluar dari kawasan gol dan melayangkan lututnya hingga mengenai bahagian dada serta kepala penyerang tersebut.
Artikel berkaitan: “Baru saya tahu” – Cucu Chef Wan, Isabella Saffiya Wakili Skuad Bola Sepak Wanita Malaysia
Artikel berkaitan: Berjaya Mara Ke Kumpulan 16 Terbaik, Billionair UAE Hadiahkan SUV RM118K Kepada Pasukan Bola Sepak Mesir
De Miguel rebah tidak sedarkan diri di atas padang, mencetuskan detik cemas apabila rakan sepasukan dan pemain lawan mula menangis manakala petugas perubatan bergegas memberikan rawatan kecemasan.
Mendiang dilaporkan mengalami serangan jantung (cardiac arrest) dalam perjalanan ke Hospital Universiti Nuestra Señora de Candelaria dan meskipun sempat diberi bantuan resusitasi, nyawanya tidak dapat diselamatkan.
View this post on Instagram
Pemergian tragis ini meninggalkan kesan mendalam kepada arena bola sepak Sepanyol, dengan kelab-kelab gergasi termasuk Real Madrid dan Arsenal turut mengadakan bertafakur sejenak sebagai penghormatan terakhir buat mendiang.
