Lebih 100 Rumah Tenggelam dan Kereta Terapung Akibat Banjir Kilat di Pulau Pinang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Jikalau anda bercadang untuk bercuti ke Pulau Pinang hujung minggu ini, ia bukanlah idea yang baik…

Hujan lebat sejak awal pagi hari ini telah mengakibatkan banjir kilat sehingga lebih dari 100 buah rumah ditenggelami air di Pulau Pinang.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian banjir kilat telah melanda kawasan di lima daerah di negeri ini sejak hujan lebat jam 3 pagi tadi sehingga melumpuhkan bandar Georgetown yang mengalami kesesakan teruk akibat daripada beberapa jalan menuju ke pusat bandar ditutup kerana ditenggelami banjir.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri, Sungai Pinang, Taman Lumba Kuda, Bandar Baru Air Itam, Paya Terubong, Relau, Balik Pulau, Batu Feringghi dan beberapa kawasan di Seberang Perai iaitu Taman Bagan, Mak Mandin, Permatang Pauh dan Jalan Tembikai. 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Banyak yang terjejas tu! 

Namun sehingga setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka serta tiada juga laporan akan kemusnahan harta benda dan kemalangan jiwa yang diterima pihak berkuasa. 

Orang ramai diminta untuk mengelakkan dari melalui jalan-jalan yang dilaporkan mengalami kesesakan teruk dan sehingga setakat ini pada jam 10 pagi, tiada tanda-tanda menunjukkan banjir akan reda.

Berikut tular juga beberapa foto bandar Georgetown yang teruk dilanda banjir. Menurut laporan Mstar, terdapat enam buah kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Kayangan Putri Mutiara di Medan Fettes, Tanjung Bungah.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Pada masa yang sama penduduk Pulau Pinang turut menyatakan kebimbangan dan pengalaman mereka dalam menghadapi bencana alam ini. Jaga diri semua!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Semoga semua di sana baik-baik saja dan hujan serta banjir reda dengan secepatnya!

Baca: 7 Kebakaran Melibatkan Maahad Tahfiz dan Sekolah Pondok di Malaysia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!