in

7 Kebakaran Melibatkan Maahad Tahfiz dan Sekolah Pondok di Malaysia

Z

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebakaran yang meragut lebih 20 nyawa pelajar dan tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung awal pagi tadi mengimbau kembali beberapa tragedi hitam yang pernah berlaku melibatkan maahad tahfiz dan sekolah pondok.


Berikut adalah senarai kejadian kebakaran melibatkan maahad tahfiz dan sekolah pondok yang pernah berlaku di Malaysia.

 

1. Pondok Pak Ya – 22 September 1989

Pakya
sumber: kedah news

Tragedi menyayat hati ini pernah menggemparkan negara apabila seramai 27 pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Kedah terkorban dalam keadaan yang sungguh tragis.

Kesemua mangsa dikebumikan di tanah perkuburan khas ’27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya’. Meskipun sudah hampir tiga dekad berlalu, kejadian itu masih terpahat di sanubari ramai pihak dan pernah difilemkan Astro pada tahun 2014 berjudul ‘Pondok Pak Ya‘.

Pakya1

Pakya2
sumber: kedah news

 

2. Maahad Tahfiz Al-Baraqah – 15 Jun 2013

Barakah
sumber: berita harian

Kebakaran asrama Maahad yang terletak di Kampung Masjid, Tikam Baru, Sungai Petani itu telah mengorbankan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun.

Punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas yang berlaku jam 2 pagi ketika pelajar sedang tidur. Rakan-rakan yang berjaya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri semua menyangka mangsa sudah keluar namun ternyata masih di dalam dan tidak sempat diselamatkan.

Barakah2

Barakah1
sumber: dunia itu

 

3. Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah – 8 Ogos 2015

Jamiul2
sumber: selangorkini

Bangunan utama Maahad musnah 95 peratus dalam kebakaran kira-kira jam 9.30 malam. Kesemua pelajar bernasib baik kerana tiada di situ untuk menghadiri majlis jamuan hari raya.

Kebakaran itu juga telah menyebabkan 25 pelajar tinggal sehelai sepinggang.

Jamiul1
sumber: selangorkini

 

5. Madrasah Tahfiz-Al Redzuan – 18 Januari 2016

Redzuan
sumber: orang muda tv

Kebakaran bangunan dua tingkat yang menempatkan dewan makan dan asrama menyebabkan 30 pelajar Madrasah di Dengkil itu kehilangan tempat tinggal.

Kejadian yang berlaku jam 8.15 malam itu bagaimanapun tidak meragut nyawa serta tiada kecederaan dilaporkan berlaku kerana semua pelajar sedang menunaikan solat Isyak di masjid berdekatan.

Redzuan2

Redzuan1
sumber: orang muda tv

 

6. Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Siddiqiah – 14 Februari 2016

Siddiqiah1
sumber: komuniti cyber kuala nerang

Dua blok bangunan asrama sekolah yang terletak di Naka ini hangus dijilat api menyebabkan kerugian sebanyak kira-kira RM1 juta.

Seramai 170 pelajar bagaimanapun bernasib baik kerana berada di surau berikutan baru selesai menunaikan solat Asar.

Siddiqiah
sumber: berita harian
Siddiqiah2
sumber: berita harian

 

7. Pusat Tahfiz di Penampang, Sabah – 4 Mac 2016

Penampang
sumber: berita harian

Kebakaran yang berlaku di Kampung Seri Pandan, Petagas itu telah memusnahkan dua bangunan yang menempatkan sebuah pusat tahfiz.

Tiada yang terkorban mahupun tercedera di dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.40 pagi itu.

Penampang1
sumber: sayang sabah

 

Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Al Fatihah buat mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran di atas. 

Baca: “Pemergiannya amat kami rasai…” – Guru Pusat Tahfiz Maut Selepas Seminggu Kenduri Kahwin

Slide1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.