in

“LDR ni memang tak boleh percaya” – Lelaki Beriya Travel 2,400km Pakai Costume Beruang Nak Surprisekan Awek, Sekali…

Man Travels 2400Km Wears Bear Costume To Surprise Gf Sees Her In Another Guys Arms Instead World Of Buzz 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dapat tahu pasangan curang memang sakit, lagi-lagi bila kantoi depan mata sendiri…


Dalam satu posting di Twitter yang sedang tular, seorang pengguna kongsikan beberapa gambar menunjukkan seorang lelaki memakai kostum maskot beruang sedang merenung ke arah satu pasangan.

https://twitter.com/T_Radiosonde/status/1152073961632489478

Berdasarkan kapsyen pos ini, ia mengatakan lelaki yang memakai kostum beruang ini mempunyai hubungan percintaan jarak jauh (LDR) dengan wanita dalam gambar ini.

Dia dikatakan telah travel sejauh 2,400km semata-mata nak beri kejutan, tapi last-last lelaki malang ni yang terkejut.

Dia nampak teman wanitanya sedang selesa dalam dakapan lelaki lain. Tanpa bercakap apa-apa, lelaki ni buka kepala kostumnya dan terus merenung pasangan yang asyik bermesra di hadapannya.

Goc Moc Sung Bat Ngo Vuot 400Km Den Tham Ban Gai Chang Trai Cay Dang Nhin Nguoi Yeu Tay Trong Ta Aea759 Man Travels 2400Km Wears Bear Costume To Surprise Gf Sees Her In Another Guys Arms Instead World Of Buzz

Tak berapa lama kemudian, wanita ini menolehkan kepala selepas mungkin perasan seseorang sedang merenungnya. Ketika itu, barulah wanita ini sedar yang ‘orang’ tersebut adalah teman lelakinya.

Gambar seterusnya menunjukkan lelaki ini berlalu pergi tanpa sepatah kata sambil memakai semula kepala kostum beruang tersebut. Maybe nak sorok tengah nangis kot…

Man Travels 2400Km Wears Bear Costume To Surprise Gf Sees Her In Another Guys Arms Instead World Of Buzz 2

Wanita itu kemudiannya mengejar teman lelakinya tetapi lelaki itu menolak tangannya sambil terus berjalan.

Man Travels 2400Km Wears Bear Costume To Surprise Gf Sees Her In Another Guys Arms Instead World Of Buzz 3

Tak berapa lama kemudian, dapat tengok wanita itu sedang memeluk teman lelakinya mungkin cuba untuk memberi ‘penjelasan’.

Man Travels 2400Km Wears Bear Costume To Surprise Gf Sees Her In Another Guys Arms Instead World Of Buzz 4

Admin tak pastilah yang lelaki ni terima ke tak awek dia balik tapi kebanyakan netizen memberikan kata-kata semangat pada lelaki ni. Tak kurang juga yang mengatakan gambar ini dibuat-buat untuk meraih populariti.

Tapi kalau cerita ni betul, hopefully lelaki ni jumpa perempuan lain yang lagi baik.

 

Baca: “Dia nak yang lagi kaya lah tu…” – Nak Surprise Awek Dengan Bunga, Sekali Kantoi Ada Lelaki Lain!

Screenshot 2019 07 22 At 3.40.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.