Lampu Kelip-kelip Macam Filem Seram, Lelaki Geram Rupa-Rupanya Kucing Main Lampu

Jadikan sumber pilihan di Google
Lampu Kelip-kelip Macam Filem Seram, Lelaki Geram Rupa-Rupanya Kucing Main Lampu

Siapa yang bela kucing tu mesti tahu kan kucing ni macam-macam perangainya. Walaupun pada luaran diorang ni nampak je comel, tapi kadang-kadang apa yang dibuat tu sangat rawak dan kita sendiri pun tak tahu kenapa.

Macam yang dikongsi di Tiktok @coenh ni, kita dapat lihat orang yang merakam video ini sedang menonton televisyen berseorangan, ketika lampu di ruang tamunya berkelip secara tiba-tiba.


Jika dalam mana-mana filem seram yang kita biasa tonton, selalunya bila lampu berkelip-kelip ni tandanya ada kehadiran benda-benda mistik atau seram di sekeliling.

Rupa-rupanya, ada makhluk berbulu kelabu comel yang tengah main suis lampu kat atas tembok rumahnya. Laa… ingatkan apa benda tadi.

Lucunya, kucing itu konsisten menekan suis lampu tersebut walaupun lepas ditegur oleh tuannya untuk berhenti. Siap buat muka tak bersalah lagi tu!

Video berdurasi 10 saat itu tular di Tiktok baru-baru ini, dengan jumlah like melebihi satu juta dan menerima lebih dari 10 ribu jumlah komen dari netizen.

Kebanyakan respon netizen yang dilihat melalui ruang komen cukup menghiburkan.

4 32 33 3

Ada yang mempertikai kucing itu bertindak macamlah dia pun turut serta bayar bil elektrik.

1 3

Ada juga netizen yang menyatakan bahawa tangan kucing itu sebenarnya tak bergerak pun. Ah sudah…

6 3

Tak boleh ramal betul gelagat si comel ni, kan? Macam kucing korang, ada ke pernah buat benda pelik-pelik sebelum ni?

BACA: ‘Bijaknya Kenzo’! – [VIDEO] Netizen ‘Impress’ Kucing Ni Pandai Buka Tingkap Tolong Tuannya Terkunci Dari Luar

7 1

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lampu Kelip-kelip Macam Filem Seram, Lelaki Geram Rupa-Rupanya Kucing Main Lampu
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lampu-kelip-kelip-macam-filem-seram-lelaki-geram-rupa-rupanya-kucing-main-lampu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen