in

“Bijaknya Kenzo!” – [VIDEO] Netizen ‘Impress’ Kucing Ni Pandai Buka Tingkap Tolong Tuannya Terkunci Dari Luar

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini ada bela kucing? Min pasti ramai antara korang yang bela kucing di rumah masing-masing, kan?


Selalu yang kita nampak dalam video-video viral pasal kucing Oyen ni, diorang banyak buat hal, kan? Berbeza dengan yang ini, Min ada terjumpa satu video Oyen masih buat hal, tapi kali ini hal yang baik.

Melalui video Tiktok @irentina, kucing bernama Kenzo itu bijak membuka tingkap untuk tuannya yang terkunci dari luar rumah. Pemilik video tersebut dikatakan tertinggal kunci di dalam bilik tersebut, dan tidak dapat masuk ke dalam rumah selama sejam.

@irentira

#viral #fypシ kenzo ?

♬ suara asli – ini_iren – ini_iren

Nasib baiklah kucing berwarna oren dan putih peliharaan wanita itu perasan akan tuannya di luar tingkap bilik. Dengan arahan yang diberikan, Kenzo berjaya membuka kunci tingkap bilik itu setelah beberapa kali berusaha.

Walaupun kucing merupakan haiwan yang bersikap rawak, namun ia sebenarnya salah satu haiwan yang bijak dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Dalam video tersebut, Kenzo dilihat seakan memahami bahawa tuannya itu memerlukan bantuan dan bertindak mengangkat kunci tingkap.

Video tersebut telah tular di laman Tiktok pada minggu ini hingga mencapai lebih 850,000 jumlah like dan menerima lebih 7000 komen daripada netizen. Ramai yang mengagumi kepandaian Kenzo membantu tuannya, dan ada juga pengguna Tiktok cemburu dan membandingkan video tersebut dengan kucing peliharaan mereka sendiri.

W 2 Y 2 T 1 E 1Q 1

Ada juga warga Malaysia menyatakan bahawa sikap kucing Oyen di Indonesia berbeza dengan Malaysia, merujuk kepada video-video kucing Oyen membuat masalah seperti yang pernah tular dulu.

Oy 1

Pandai kan si Kenzo ni? Kalau korang dalam situasi yang sama, kucing korang akan tolong ke?

BACA: “Menganjing kuat ni” – [VIDEO] Saja Jalan Lambat, Gelagat ‘Oyen’ Buat Netizen Terhibur

O

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.