Kebanyakan ibubapa mesti dah mula bersedia untuk merancang percutian bersama keluarga sempena cuti persekolahan nanti.
Tapi pastikan anda memilih tempat yang bersesuaian terutamanya ketika musim tengkujuh sekarang ini.
Cuaca mendung tapi tak hujan
Seorang wanita dan keluarganya nyaris ditarik kepala air sewaktu ke Air Terjun Ulu Yam, Selangor baru-baru ini.
Dalam perkongsian di Facebook, dia dan keluarga ke sana bagi meraikan hari lahir anak lelakinya sambil membuat sesi barbeku.
Katanya, cuaca kelihatan mendung tetapi tidak hujan menyebabkan dia dan anak-anak berani untuk mandi di tepi sungai.

“Sempat laki aku turun dan tolak si kecik..”
Tak lama selepas itu, katanya si suami baru nak turun ke sungai sebelum tiba-tiba kepala air mula muncul menyambar mereka.
Nasib baik suaminya sempat turun dan tolak selamatkan anaknya yang kecil. Korang tengok je lah video ni, seram betul!
https://www.facebook.com/yniaakiras.ike/videos/2616088241749469/?t=3
Air mula keruh tanda awal kepala air
Dalam sekelip mata, mereka semua berjaya naik ke tebing sebelum kepala air terus menghempas di hadapan mereka.

Dan menerusi komen-komen yang diberikan netizen, walaupun tidak hujan sebenarnya tanda kepala air akan tiba jelas ada dalam gambar dikongsikan wanita itu.
Menurut mereka, air yang mula keruh adalah tanda awal kepala air akan melanda kawasan berkenaan.

Jadi buat ibubapa di luar sana, sila lengkapkan diri dengan maklumat seperti cuaca dan ilmu berkaitan sebelum bercuti bersama keluarga.
Jangan biarkan berlaku sebarang kejadian yang tak diingini atau tragedi berlaku kepada keluarga anda.
Baca: Sekumpulan Pekerja Risikokan Nyawa Selamatkan Kucing Dibawa Arus Deras Ketika Hujan Ribut