Terletak di Bandar Sunway, Selangor, Sunway Lagoon Theme Park menawarkan lebih 90 tarikan dalam kawasan seluas 88 ekar. Dalam satu tempat, korang boleh main gelongsor air, cuba rides yang mendebarkan, tengok hidupan liar sampailah buat aktiviti lasak dan masuk ke tarikan bertemakan seram.
Pilihan aktiviti pun memang banyak untuk seisi keluarga. Ada kawasan permainan air untuk kanak-kanak, rides seperti Pirate’s Revenge dan Tomahawk, Wildlife Park serta XPark untuk korang yang sukakan aktiviti lebih mencabar.
Cuma, beberapa tarikan mempunyai syarat umur atau ketinggian tertentu. Jadi kalau datang dengan anak-anak, pastikan korang semak dulu syarat setiap ride supaya lebih mudah nak plan aktiviti.
Jadi, kalau korang tengah plan nak datang, ini 15 aktiviti menarik di Sunway Lagoon Theme Park yang boleh masuk dalam list, sekali dengan info harga Tiket Sunway Lagoon Theme Park, waktu operasi, cara nak ke sana dan beberapa tip sebelum berkunjung.
15 aktiviti menarik di Sunway Lagoon Theme Park
1. Cuba Vuvuzela

Kalau Water Park jadi tujuan utama korang, Vuvuzela memang antara tarikan yang patut masuk dalam list.
Gelongsor air ini akan bawa korang melalui laluan yang pantas dan berliku sebelum masuk ke corong besar. Memang sesuai untuk yang sukakan pengalaman air lebih mendebarkan.
2. Bersantai di Surf Beach

Tak semua aktiviti dekat Sunway Lagoon kena mendebarkan. Kalau nak chill sikit, boleh singgah ke Surf Beach, pantai luncur buatan yang lengkap dengan ombak dan kawasan berpasir.
Boleh main air atau berehat sekejap sebelum sambung ke tarikan lain.
3. Terapung di Sungai Zambezi

Nak aktiviti lebih santai? Cuba Sungai Zambezi. Korang boleh terapung menggunakan tiub sambil ikut laluan sungai yang berliku.
Sesuai kalau nak berehat sekejap selepas puas main gelongsor.
4. Cuba gelongsor African Pythons

African Pythons pula menawarkan gelongsor air tertutup dengan beberapa titisan, lilitan dan pusingan sepanjang perjalanan.
Kalau memang nak puas main air, boleh masukkan African Pythons sekali dengan Vuvuzela dalam list.
5. Bawa anak ke Kalahari Kids

Untuk yang datang bersama anak-anak, Kalahari Kids menyediakan kawasan permainan air dengan gelongsor mini dan pancutan air.
Kawasan ini sesuai untuk pengunjung kecil yang belum boleh mencuba tarikan air yang lebih besar.
6. Naik Pirate’s Revenge

Beralih pula ke Amusement Park, antara tarikan yang boleh korang cuba ialah Pirate’s Revenge.
Kapal lanun ini boleh berpusing sehingga 360 darjah. Kalau suka rides yang mendebarkan, boleh masukkan dalam list!
7. Cuba Tomahawk

Satu lagi tarikan di Amusement Park ialah Tomahawk yang akan bawa korang berpusing 360 darjah mengikut arah jam dan lawan jam.
Memang satu lagi pilihan untuk korang yang sukakan thrill.
8. Nikmati Grand Canyon River Rapids

Nak main air tapi bukan gelongsor? Grand Canyon River Rapids membawa korang melalui pengalaman berakit lengkap dengan percikan air, jeram dan air terjun.
Boleh cuba kalau nak pengalaman air yang sedikit berbeza.
9. Terokai Wildlife Park

Dah penat naik rides, boleh singgah ke Wildlife Park untuk tengok pelbagai jenis haiwan.
Selain dapat berehat sekejap daripada aktiviti lasak, korang juga boleh menikmati pengalaman pendidikan dan interaksi bersama hidupan liar.
10. Lihat harimau putih dan hidupan liar lain

Antara yang boleh korang jumpa di Wildlife Park ialah harimau putih, Bird Savannah dan Tiger Land.
Ada juga sesi pertemuan hidupan liar serta pemberian makanan pada waktu tertentu. Boleh semak jadual bila sampai supaya tak terlepas.
11. Cuba aktiviti lasak di XPark

Kalau masih belum cukup thrill, teruskan pula ke XPark atau Extreme Park.
Ada aktiviti seperti bungee jump, go-kart, paintball, flying fox dan G-Force X. Kanak-kanak bawah 12 tahun pula perlu ditemani orang dewasa di kawasan ini.
12. Terokai Sunway Lost Lagoon

Sunway Lost Lagoon menawarkan pelbagai tarikan air dan pengembaraan yang lebih mesra keluarga.
Antara yang boleh dicuba ialah Explorer’s Trail, SpongeBob Splash Adventure, Monsoon 360 dan Jungle Fury.
13. Masuk ke Scream Park

Yang sukakan benda seram, jangan lupa singgah ke Scream Park.
Antara pengalaman yang ada ialah Ghostbusters Adventure Live, Studio Horrorwood, Zombie Apocalypse dan Pontianak Fear Theatre. Cuma, kawasan ini mempunyai syarat umur dan mungkin tak sesuai untuk semua kanak-kanak.
14. Cuba Fun World dan Carousel

Kalau nak sesuatu yang lebih santai, Fun World mempunyai rides kecil dan permainan arked.
Ada juga Carousel kalau korang nak berehat sekejap daripada tarikan yang lebih mencabar.
15. Pilih rides ikut umur dan ketinggian

Kalau datang bersama anak-anak, pastikan korang semak syarat setiap tarikan terlebih dahulu.
Sesetengah tarikan di Water Park memerlukan ketinggian minimum sekitar 1.1 meter, manakala rides tertentu di Amusement Park mempunyai syarat sekitar 1.2 hingga 1.4 meter.
Harga tiket Sunway Lagoon Theme Park
Harga tiket yang disenaraikan bermula sekitar RM58 selepas diskaun. Namun, harga sebenar boleh berubah mengikut tarikh, kategori tiket dan promosi yang tersedia.
| Maklumat tiket | Butiran |
| Harga permulaan yang disenaraikan | Dari sekitar RM58 selepas diskaun |
| Jenis tiket | Tiket masuk Sunway Lagoon |
| Harga dewasa | Semak kadar semasa |
| Harga kanak-kanak | Semak kadar semasa |
| Harga warga emas | Semak kadar semasa |
| Promosi | Boleh berubah mengikut tarikh |
| Tarikan | Tertakluk kepada syarat setiap rides |
Syarat umur dan ketinggian
Selain syarat yang disebut pada beberapa tarikan di atas, berikut merupakan panduan untuk kawasan lain:
| Kawasan | Syarat yang disenaraikan |
| Sunway Lost Lagoon | Sekitar 1.0 m hingga 1.1 m, bergantung pada tarikan |
| Water Park | Minimum sekitar 1.1 m untuk tarikan tertentu |
| Scream Park | Kanak-kanak berumur lebih 7 tahun |
| Amusement Park | Sekitar 1.2 m hingga 1.4 m, bergantung pada tarikan |
| XPark | Sekitar 1.1 m hingga 1.3 m, bergantung pada tarikan |
| XPark | Kanak-kanak bawah 12 tahun perlu ditemani orang dewasa |
Syarat sebenar bergantung pada setiap tarikan, jadi korang boleh periksa papan maklumat yang disediakan sebelum beratur.
Cara beli tiket Sunway Lagoon secara online
Kalau tarikh dah confirm, korang boleh beli tiket lebih awal secara dalam talian.
Caranya:
- Pilih tarikh lawatan.
- Pilih jenis tiket yang tersedia.
- Masukkan maklumat pelawat jika diperlukan.
- Lengkapkan pembayaran.
- Simpan tiket elektronik atau pengesahan untuk digunakan semasa masuk.
Harga promosi dan ketersediaan tiket boleh berubah, jadi semak semua butiran sebelum buat pembayaran.
Cara pergi ke Sunway Lagoon dari Kuala Lumpur
Sunway Lagoon terletak di 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan.
Dengan kereta
Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 15 minit bergantung pada trafik dan lokasi korang. Antara laluan yang boleh digunakan ialah Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Pantai Baru dan KESAS.
Tempat letak kereta tersedia di kawasan Sunway Pyramid Shopping Mall dan Sunway Resort Hotel & Spa.
Dengan bas
Korang juga boleh menggunakan perkhidmatan bas bandar menuju ke Bandar Sunway termasuk hentian sekitar Sunway Pyramid, Sunway Lagoon dan Sunway Resort Hotel & Spa.
Dengan LRT
Naik LRT ke Stesen Kelana Jaya sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan Sunway Pyramid.
Dengan KTM Komuter
Naik KTM Komuter ke Stesen Subang Jaya sebelum sambung perjalanan ke Sunway Pyramid menggunakan pengangkutan yang tersedia.
Waktu operasi Sunway Lagoon
Sunway Lagoon dibuka Rabu hingga Isnin dari 10 pagi hingga 6 petang dan ditutup setiap Selasa.
| Hari | Waktu operasi |
| Isnin | 10:00 pagi–6:00 petang |
| Selasa | Tutup |
| Rabu | 10:00 pagi–6:00 petang |
| Khamis | 10:00 pagi–6:00 petang |
| Jumaat | 10:00 pagi–6:00 petang |
| Sabtu | 10:00 pagi–6:00 petang |
| Ahad | 10:00 pagi–6:00 petang |
Waktu operasi boleh berubah pada tarikh tertentu, jadi semak jadual terkini sebelum datang.
Kemudahan di Sunway Lagoon
Antara kemudahan yang disediakan ialah loker, kerusi roda, kemudahan mesra stroller, Wi-Fi percuma dan sewaan tuala.
Pusat pertolongan cemas dan penyelamat turut tersedia di kawasan tarikan air. Makanan dan minuman dari luar, haiwan peliharaan serta objek tajam pula tidak dibenarkan.
Korang juga boleh masuk semula pada hari yang sama selagi gelang tangan yang sah masih dipakai dan berada dalam keadaan baik.
Tip sebelum ke Sunway Lagoon Theme Park
Memandangkan banyak tarikan di Sunway Lagoon melibatkan air, jangan lupa bawa pakaian renang dan satu set pakaian kering untuk ditukar selepas bermain. Korang juga disarankan memakai sunscreen sebab banyak masa akan dihabiskan di kawasan terbuka.
Untuk barang berharga seperti telefon dan dompet, korang boleh gunakan loker yang disediakan supaya lebih mudah nak bergerak dan menikmati tarikan tanpa perlu risau tentang barang masing-masing.
Adakah Sunway Lagoon sesuai untuk keluarga?
Ya, ada banyak pilihan yang boleh disesuaikan mengikut umur anak-anak. Kalahari Kids dan Sunway Lost Lagoonmenawarkan pilihan untuk pengunjung lebih muda, manakala Wildlife Park boleh jadi alternatif kalau nak berehat daripada permainan air.
Untuk kanak-kanak lebih besar, ada lebih banyak pilihan di Amusement Park dan XPark bergantung pada syarat setiap tarikan.
Berapa lama masa diperlukan di Sunway Lagoon?
Kalau korang nak cuba beberapa kawasan utama di Sunway Lagoon, sebaiknya luangkan sebahagian besar hari di sini. Dengan banyaknya tarikan yang ada, memang susah nak cuba semuanya dalam masa beberapa jam.
Menariknya, Sunway Lagoon juga boleh dimasukkan dalam jadual percutian korang, terutamanya kalau tengah plan nak explore destinasi lain di Malaysia. Kalau korang bercadang nak sambung perjalanan ke lokasi lain, boleh juga semak pilihan Tiket Ferry untuk meneroka destinasi yang boleh diakses melalui pengangkutan laut.
Kalau Water Park jadi keutamaan, boleh mulakan aktiviti di sana sebelum bergerak ke Amusement Park atau Wildlife Park. Lepas tu, korang boleh sesuaikan baki masa mengikut tarikan lain yang masih nak dicuba.
Dah Ready Nak Ke Sunway Lagoon?

Dengan pilihan daripada gelongsor air dan rides mendebarkan sampailah Wildlife Park dan XPark, memang ada macam-macam aktiviti yang boleh korang pilih mengikut minat masing-masing.
Kalau ini kali pertama datang, tak perlu paksa diri nak cuba semuanya. Pilih tarikan yang paling korang nak cuba dan nikmati je satu hari dekat Sunway Lagoon!
Soalan Lazim
Berapa harga tiket Sunway Lagoon Theme Park?
Harga yang disenaraikan bermula sekitar RM58 selepas diskaun. Harga sebenar boleh berubah mengikut tarikh, kategori tiket dan promosi.
Apa aktiviti menarik di Sunway Lagoon?
Antaranya Vuvuzela, Surf Beach, Sungai Zambezi, African Pythons, Pirate’s Revenge, Tomahawk, Grand Canyon River Rapids, Wildlife Park, XPark, Sunway Lost Lagoon dan Scream Park.
Apa yang termasuk dalam tiket Sunway Lagoon?
Tiket memberikan kemasukan ke Sunway Lagoon, tetapi sesetengah aktiviti tertakluk kepada syarat tertentu.
Bagaimana cara pergi ke Sunway Lagoon dari KL?
Korang boleh memandu atau menggunakan pengangkutan awam seperti LRT ke Kelana Jaya dan KTM Komuter ke Subang Jaya sebelum meneruskan perjalanan ke Sunway Pyramid.
Adakah Sunway Lagoon sesuai untuk kanak-kanak?
Ya. Ada kawasan permainan air, Wildlife Park dan tarikan keluarga. Cuma, sesetengah rides mempunyai syarat ketinggian atau umur tertentu.
Berapa lama masa diperlukan di Sunway Lagoon?
Sebaiknya sediakan sebahagian besar hari kalau korang nak explore beberapa kawasan utama.
Bolehkah masuk semula ke Sunway Lagoon selepas keluar?
Ya, kemasukan semula pada hari yang sama dibenarkan selagi gelang tangan yang sah masih utuh.
