in

Sekumpulan Pekerja Risikokan Nyawa Selamatkan Kucing Dibawa Arus Deras Ketika Hujan Ribut

Page2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita bukan sahaja dituntut untuk membantu sesama manusia tetapi juga makhluk Tuhan yang lain di muka bumi ini. Itulah yang dilakukan sekumpulan lelaki yang menyelamatkan kucing dibawa arus deras di bawah terowong ketika ribut.


Enam lelaki warganegara Indonesia itu merupakan pekerja dari syarikat landskap dan sedang bekerja memotong rumput di KM10 South Klang Valley Expressway kawasan Banting sebelum tiba-tiba hujan lebat turun disertai dengan ribut kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Menyedari cuaca berkenaan membahayakan keselamatan mereka, kesemua pekerja itu membuat keputusan untuk berteduh di bawah terowong ribut berkenaan.

Cat1
sumber: new straits times
K1
sumber: facebook

Paras air kemudian naik dengan begitu cepat dan air mengalir dengan sangat deras menyebabkan mereka hampir tenggelam dan terperangkap di bawah terowong itu. Ketika menunggu bantuan tiba, mereka ternampak seekor kucing yang dihanyutkan arus deras melalui kawasan bawah terowong berkenaan.

Meskipun menyedari tentang bahaya yang bakal dihadapi, tanpa berfikir panjang mereka merisikokan nyawa dan menyelamatkan kucing tersebut. Tuhan saja dapat balas jasa baik mereka ni…

Kucing tersebut kemudian berpaut kepada salah seorang lelaki itu sehingga bantuan akhirnya tiba.

K2
sumber: facebook
K3
sumber: facebook

Menurut Mohd Hissan Sidik, pegawai pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mereka menerima panggilan kira-kira jam 3.46 petang dan menghantar lapan anggota bomba dari Balai Bomba Cyberjaya untuk menyelamatkan kesemua mangsa.

Cat
sumber: new straits times

Enam lelaki dan kucing tersebut dilaporkan selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.