“Lagi ramai datang buat saringan macam ni” – Ratu Cantik ‘Gantung Crown’ Sementara, Kembali Bertugas Sebagai Doktor

Tambah ke Sumber Pilihan
“Lagi ramai datang buat saringan macam ni” – Ratu Cantik ‘Gantung Crown’ Sementara, Kembali Bertugas Sebagai Doktor

Ratu Cantik England, Dr Bhasha Mukherjee sanggup membatalkan misi kerja amal di luar negara dan pulang ke negara asal untuk kembali berkhidmat sebagai doktor. Kata wanita berusia 24 tahun itu, dia mahu membantu dalam usaha perangai pandemik Covid-19 di UK.

Saya rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik COVID-19, termasuk rakan-rakan sekerja saya.”

Menurut Awani, dua tahun lepas Dr Bhasha dimahkotakan Miss England dan berehat dari karier utamanya sebagai doktor junior untuk beri fokus dalam pertandingan ratu cantik Miss World pada Disember 2019.


Sebelum berangkat semula ke UK, beliau berada di India sepanjang bulan lepas bagi mewakili sebuah komuniti kebajikan sebagai duta untuk memberikan bantuan kepada beberapa sekolah serta rumah kebajikan.

Dr Bhasha berkata beliau ada dapat mesej daripada rakan-rakan di hospital lama beliau bekerja, Hospital Pilgrim di Boston di mana mereka menceritakan kepadanya keadaan sukar yang dilalui ketika pandemik Covid-19 ini melanda.

Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.”

Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja.”

Pada asalnya, wanita kacukan India dan England ini sudah ada perancangan kerja-kerja kemanusiaan sehingga Ogos 2020. Beliau kemudian menghubungi pihak pengurusan hospital untuk menyampaikan hasratnya kembali bertugas sebagai pegawai perubatan.

Saya telah diundang untuk ke beberapa buah negara seperti Afrika, Turki, India, Pakistan juga negara-negara di Asia untuk menjadi duta kepada kerja-kerja amal.”

Tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar Ratu Cantik England sementara membantu di saat England memerlukan.”

Sehingga semalam, UK mencatatkan 51, 608 kes jangkitan dan 5,373 kematian akibat COVID-19. Inilah beauty with brain namanya…

Baca: “Bapak power siot” – Buat Faceshield 3D Print Untuk Frontliners Covid-19 Secara Percuma, Ramai Salute Dengan Pensyarah Ni

Feature 1 21

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Lagi ramai datang buat saringan macam ni” – Ratu Cantik ‘Gantung Crown’ Sementara, Kembali Bertugas Sebagai Doktor
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lagi-ramai-datang-buat-saringan-macam-ni-ratu-cantik-gantung-crown-sementara-kembali-bertugas-sebagai-doktor/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM