in

Russia Lapor Varian Baharu COVID-19, Lebih Mudah Menular Berbanding Delta

2Rusia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari, bilangan kes Covid-19 di dunia semakin meningkat. Perkara ini adalah disebabkan varian Delta Covia-19 yang boleh merebak melalui udara.


Terkini, satu varian baharu dikesan di Russia dan dilaporkan lebih mudah menular berbanding varian Delta.

Screenshot 2021 10 23 At 10.23.58 Am

Menurut laporan Astro Awani, pihak kesihatan Rusia melaporkan beberapa kes jangkitan Covid-19 yang ada kemungkinan daripada varian AY.4.2. Varian tersebut juga dijangka akan tersebar dengan meluas.

Menurut pakar, varian ini berpotensi menyebabkan kadar kes jangkitan Covid-19 baharu yang sudah berada di paras tertinggi di negara itu, meningkat lebih tinggi. Walaupun pendominasian varian baharu ini akan mengambil masa, pakar kesihatan tidak menolak kemungkinan varian baharu ini akan menggantikan varian Delta.

Screenshot 2021 10 23 At 10.26.17 Am

Sehubungan dengan itu, kerajaan Russia mengumumkan penutupan sementara operasi tempat kerja selama seminggu sehingga awal November bagi mengekang penularan varian baharu Covid-19 ini.

 

Baca: Varian Mu Dikesan Di 39 Negara Berikut Info Tentang Varian Baharu Ini

Screenshot 2021 10 23 At 10.26.52 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.