in

“Bapak power siot” – Buat Faceshield 3D Print Untuk Frontliners Covid-19 Secara Percuma, Ramai Salute Dengan Pensyarah Ni

Feature 1 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan kes wabak Covid-19 yang semakin menunjukkan peningkatan, ramai petugas kesihatan yang menghadapi masalah kekurangan peralatan perubatan seperti personal protection equipment (PPE). Sampai ada doktor yang jahit sendiri dah PPE tu!

Namun, ramai juga yang baik hati menyumbangkan sedikit sebanyak peralatan tersebut seperti kisah kali ini.


Menurut pengguna Twitter, @khalidkarim, rupanya ada geng yang expert dalam bidang 3D printing telah membuat faceshield Covid-19 buat frontliners kita.

 

Sekumpulan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyumbangkan faceshield yang dibuat sendiri mengikut kepakaran mereka kepada hospital yang memerlukan.

Ppe 1 1

Mesti bangga jadi pelajar-pelajar UTHM ni kan. 

Difahamkan, sebanyak 230 faceshield telah disumbangkan secara percuma kepada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Rupanya, memang ada group yang ditubuhkan khas di Facebook, 3D Printing Malaysia Community for COVID-19 (Group) untuk membantu menyumbangkan faceshield yang dibuat sendiri secara percuma.

Ppe 3

Komuniti ini katanya telah digerakkan oleh Nurfaiz Foat dan dana untuk inisiatif ini telah disumbangkan oleh orang ramai.

Ppe 5

Bagus betul inisiatif ni kan. Korang kalau ada kepakaran macam ni, bolehlah kongsikan kepakaran tu untuk benda yang bermanfaat. 

 

Baca: “Kalau nak makan kena bukak semua dulu” – [VIDEO] Petugas Kesihatan Kongsi Cara Pakai Personal Protection Equipment PPE Frontliner Wabak Covid-19

Ppe 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.