in

Bekas Peserta Miss World England Nyaris Maut Selepas Kena Sengat Obor-Obor Di Punggung

1Ratu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas peserta Miss World England, Pratishta Raut, telah dikejarkan kes ke sebuah hospital di kepulauan Mauritius selepas disengat obor-obor ketika bercuti di sana.

Screenshot 2022 02 05 At 11.17.05 Am

Ratu cantik yang berumur 28 tahun itu berkata kepada NY Post, kesakitan itu teramat sangat dan rasanya seperti dituang air panas mendidih pada badan dan kulit seakan-akan mencair. Menurut sumber, Raut disengat oleh obor-obor yang sangat bahaya iaitu box jellyfish.


Screenshot 2022 02 05 At 11.17.24 Am

Dalam percutian itu, Raut turut ditemani 5 wanita lain. Selepas mereka menghabiskan masa melakukan aktiviti air di Lautan Hindi, mereka ingin bergerak pulang ke tempat penginapan. Raut bagaimanapun memilih untuk pulang dengan berenang ke pesisir pantai.

Screenshot 2022 02 05 At 11.18.02 Am

Bercerita mengenai kejadian itu, Raut yang sedang menikmati pemandangan indah sambil berenang itu merasakan ada sesuatu yang menyentuh bahagian bawah badannya. Beliau menyangkakan benda yang menyentuhnya itu adalah rumpai laut.

Screenshot 2022 02 05 At 11.17.48 Am

Selepas beberapa ketika, beliau mula rasa pedih di bahagian punggung. Namun, Raut menyangkakan mungkin ianya luka biasa dan rasa pedih itu adalah tindakbalas luka dengan air laut yang masin.

Screenshot 2022 02 05 At 11.18.17 Am

Sebaik tiba di bilik hotel, Raut mula perasan ianya bukan luka biasa. Kesan sengatan obor-obor itu semakin merebak. Beliau kemudiannya bergegas ke lobi hotel untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Screenshot 2022 02 05 At 11.18.36 Am

Pihak hospital memberikan rawatan dan pemantauan kepada Raut sebelum dibenarkan keluar beberapa hari kemudian.

 

Baca: Netizen Kongsi Petua Kalau Kena Sengat Obor-obor, Hanya Siram Dengan Air Coke

Screenshot 2022 02 05 At 12.12.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.