in

“Kulit dagu bercantum leher” – Kanak-kanak Ini Sengsara Selepas Tubuhnya Melecur Disambar Api

Page1 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobakgplus
Lobak Merah
"Kulit dagu bercantum leher" - Kanak-kanak Ini Sengsara Selepas Tubuhnya Melecur Disambar Api
Loading
/

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apatah lagi jika perkara dahsyat berlaku kepada seorang anak yang masih kecil. Pastinya derita mereka lebih perit memandangkan mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengawal keperitan yang mereka rasai melainkan dengan tangisan.


Baru-baru ini seorang individu bernama Qila Rosli telah berkongsi sebuah entri di laman Facebook miliknya yang menceritakan mengenai kisah derita kanak-kanak lelaki bernama Zulfykha Ridzwan yang telah ditanggung sejak hampir tujuh bulan yang lalu.

Kl2
sumber: facebook

Kongsi Qila, penderitaan Zulfykha bermula apabila dia telah disambar api akibat bermain dengan pelita yang berada di tepi rumah sewaktu ketiadaan ibunya di kediaman mereka. Pada ketika itu, kakaknya yang sedang mandi telah menjadi penyelamat dengan menjirus air ke badan adiknya yang meronta-ronta sakit selepas api merebak ke tubuh kecilnya.

Selepas kejadian itu, Qila memberitahu bahawa Zulfykha tidak lagi seperti dahulu. Jika mahu didukung, perlu didukung dengan berhati-hati kerana jika tersilap cara, kulitnya boleh tersiat dan pasti akan menyakitkannya. Aduhhh kesiannya…

Kl3
sumber: facebook

Bukan itu sahaja, Zulfykha juga tidak lagi boleh mendongak seperti orang biasa disebabkan kulit di bawah dagunya telah bercantum dengan kulit lehernya. Tak cukup dengan itu, kecederaan yang sama ini tidak mengizinkannya untuk menutup mulut sehinggakan ianya sentiasa dalam keadaan ternganga.

Walaupun telah menjalani beberapa pembedahan sebelum ini untuk menampal kulitnya yang telah terjejas, akan datang nanti dia bakal menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur bagi memutuskan bahagian kulitnya yang bersambung bagi memberi peluang untuknya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain.

Kl4
sumber: facebook

Kos perbelanjaan bagi pembedahan tersebut adalah sebanyak RM39,000. Walaupun masih memerlukan sebanyak RM9,000 lagi, ibu Zulfykha telah pun merayu kepada doktor supaya pembedahan diteruskan kerana tidak lagi sanggup melihat anak kesayangannya menanggung derita.

Kata Qila, ini bukannya masa untuk orang ramai menuding jari menyalahkan orang tuanya di atas apa yang terjadi kepada anak kecil ini kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sekadar bersedih dan simpati akan kisah Zulfykha tidak cukup untuk membantunya.

Jadi sekiranya ada dalam kalangan anda yang ingin membantu, bolehlah hulurkan bantuan kepada:

Nama Ibu: Zarifah Bakri

No. Akaun: 06105 29 00019606 1 (Bank Simpanan Nasional)

Kesian adik ni kena tanggung derita. Semoga pembedahan berjalan dengan lancar.

Baca: “Tak apalah ibu, biar kakak mati…” – Ibu Sayu Dengar Ungkapan Daripada Anak Yang Sakit Kronik

Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.