in

Kugiran Masdo ‘Share’ Cara Dekatkan Diri Dengan Peminat Waktu Pandemik Ni & Dorang Ada Surprise Untuk Korang!

Collage 41

Siapa je yang tak kenal dengan Kugiran Masdo yang telah berjaya memikat hati pendengar di Malaysia dengan membawa semula rentak lama “pop yeh yeh” yang digemari ketika zaman 60-an dan diberikan nafas baru ni?

Bagi peminat-peminat Masdo yang tak pernah ketinggalan untuk tengok dorang buat persembahan secara langsung sambil menari twist ni mesti rindukan bila tak dapat tengok dorang ketika pandemik ni?

Img 20181204 175033

Paling-paling pun layan je lah feeling sendiri sambil dengar lagu Bunga dekat rumah tu.

Kalau korang nak tahu, Lobak Merah baru ni ada berkesempatan untuk bercakap sikit dengan kumpulan kegemaran korang ni tau.

Menurut Masdo, disebabkan pandemik ni, dorang sekarang lebih banyak kongsikan konten di YouTube untuk beritahu peminat yang sebenarnya dorang ni masih lagi aktif tau!

Setakat ni kami lebih cenderung berkongsi isi kandungan di laman youtube seperti muzik video, vlog dan lain-lain supaya peminat sedar bahawasanya kami masih aktif.”

Malah, baru je 6 Mac lepas dorang keluarkan singe terbaru dorang yang bertajuk Lautan Asmara! Muzik video pun dah keluar, korang dah tengok ke belum?

Selain tu, dorang juga turut berpesan yang peminat dekat luar sana tu bolehlah support dorang dengan cara membeli merchandise, album dan apa-apa je yang dorang usahakan. Yelah, dengan cara ni, lagi senang dorang nak buat lagi banyak benda untuk hiburkan korang kan?

“Rindu betul nak tengok Masdo perform”

Cakap pasal berhibur ni, radio Suria FM nak bagi surprise untuk korang yang dah rindu sangat nak tengok Masdo perform live ni.

Kugiran Masdo 2021 1

Kugiran Masdo akan buat persembahan dalam Konsert Digital Jelajah Suria FM pada 24 Mac ni jam 9 malam!!!

Bukan je korang boleh ubat kerinduan korang dengan tengok persembahan dari Masdo ni tau, korang juga boleh tengok penyanyi-penyanyi hebat lain macam Haqiem Rusli, Iman Troye, Dato Awie, Floor 88, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan ramai lagi lah.

Floor 88

Macam mana nak tengok? Haa, korang siap-siap pakai cantik-cantik lepas tu korang buka je phone, tablet, pc, tv atau radio dan tengok Konsert Digital Jelajah Suria FM ni live di Facebook, YouTube, aplikasi dan di frekuensi Suria FM serta Facebook Lobak Merah.

Dsc00194

Tak cukup dengan tu, korang juga boleh berinteraksi dengan penyampai Suria FM dan menang merchandise eksklusif Suria FM beserta wang tunai melalui Bantuan Tunai Suria tau!

Cara nak join contest ni senang je, pertama sekali pendengar kena daftarkan maklumat peribadi dan lengkapkan ayat “Saya Mahu Bantuan Tunai Suria kerana…” dekat laman web Suria FM.

Pendengar yang terpilih nanti akan dihubungi penyampai Suria dan korang kena beri kata laluan yang dimuat naik di apps Suria Malaysia 30 minit sebelum isyarat peraduan ni on air tau!

Kalau korang gagal beri kata laluan, RM300 tu akan digandakan untuk segmen seterusnya. Senang je ni rugi tak cuba!

Ish tak sabar pulak admin nak joget twist sambil dengar Masdo perform ni!

Sumber: Oh Hiburan
Sumber: NME
Sumber: Suria FM
Sumber: Suria FM