Kucing Pun Ada Perasaan…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Baru-baru ini tular satu video pasal kucing yang berlaku di daerah Songbei, China. Bila tengok video tu, boleh rasa yang kasih sayang antara haiwan pun tak ubah macam manusia jugak.

Menurut Nextshark, satu video seekor kucing mengheret seekor lagi kucing yang nampak macam tak bermaya membuktikan haiwan pun ada belas kasihan dan kesetiaan sesama haiwan.

Sumber: Youtube

Video berdurasi 36 saat yang menyentuh hati ramai tu menunjukkan kucing tersebut struggle nak bawa kawan dia ke tempat yang lebih selamat. Bila diamati, kucing yang lagi seekor tu mungkin dah mati sebenarnya sebab nampak lemah longlai dan tak bergerak langsung.

Ramai netizen sedih tengok video dua ekor kucing ni sebab memikirkan betapa setianya kucing tu kat kawan dia yang dah tak bernyawa.

Sumber: Youtube

Tidak dapat dipastikan macam mana kucing tersebut boleh mati, tapi kucing lagi seekor tak sanggup tinggalkan kawan dia mati terbiar atas jalan macam tu. Jadi dia gigit leher kucing mati tu untuk bawa dia ke tempat lain. Masa tengah heret, gigitan kucing tu beberapa kali terlepas dan kepala kucing mati tu jatuh atas jalan.

Tapi kucing tu tak putus asa. Dia pick up balik kucing mati tu dan teruskan perjalanan sampai dekat dengan sebuah kereta dan menyorok bawah tu. Lepas tengok video tu, ramai menangis tengok apa yang kucing ni buat. Ada jugak berharap orang yang rakam video tolong kucing tu instead of tolong rakam je.

Sumber: Facebook

Sedihnyaaaaa tengok kucing ni~ 

Tonton video kucing ni tolong kawan dia:

Sumber: Youtube

Baca: “Mak ayah tak tahu pun ‘projek’ apa anak dia buat”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.