in

“Kuat menolong orang kampung” – Remaja Harungi Banjir di Kampung Dipercayai Lemas Lepas Terjatuh Dari Perahu

Hero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bencana banjir yang kini berlaku di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia kian membimbangkan dan telah meragut beberapa nyawa.


Antara yang terbaru dan kini tular di Facebook ialah berkenaan seorang remaja yang berasal dari Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan yang katanya hilang akibat terjatuh daripada perahu yang dinaikinya ketika banjir. Allahu… 

Menurut posting tersebut, remaja bernama Hakimi ini telah jatuh perahu sekitar jam 10 malam semalam ketika sedang membantu orang kampung mengalihkan barang dan kenderaan saat kawasan mereka dinaiki air.

Sahabat ii semua, mintak doa untuk sahabat kita ni KiMi COop semoga dipermudahkan segala urusan. Jatuh perahu jam…

Posted by Info Banjir Negeri Kelantan on Wednesday, January 6, 2021

Lebih menyedihkan, mangsa juga katanya antara orang yang kuat menolong penduduk kampung ketika kawasan mereka dilanda banjir buruk ini.

“Pukul 2/3 pagi kejutkan orang kampungg supaya alihkan kenderaan. Harini pon start dari pagi lagi tolong angkat barang-barang sampai lah ke malam.

“Sebab air makin naik. Tapi tadi dia tiba-tiba terjatuh semasa berada di atas perahu. Dia duduk kat paling belakang.

“Orang depan tak sempat tarik. Dia dikatakan mungkin terlalu sejuk & krem kerana dari pagi lagi main dengan air. Apa-apa pon tolong doakan untuk sahabat saya ni tau. Allah yang rancang, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni” 

 

“Muda lagi, semoga Allah sentiasa ada bersamanya” 

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang bersimpati dan risau akan keadaan mangsa. Ramai yang berharap Hakimi dapat ditemukan dalam keadaan baik dan jikalau dia lemas, haraplah jasadnya dapat ditemukan secepat mungkin.

Kesian

 

Mayat Hakimi sudah ditemui 

Walau bagaimanapun, menurut sumber Facebook Orang Kelantan, mayat Hakimi yang lemas selepas terjatuh daripada perahu itu sudahpun ditemui.

Temui

136126807 3779853825369324 329728987160522139 O

Al fatihah… semoga keluarganya bertabah dengan dugaan yang menimpa ini. 

Baca: “Berat dugaan” – [Video] Bot Karam Pula Masa Bawak Mangsa Banjir, Siap Ada Anak Kecil Lagi!

Bot

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.