in

“Berat dugaan” – [Video] Bot Karam Pula Masa Bawak Mangsa Banjir, Siap Ada Anak Kecil Lagi!

Ft Banjir Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara hujan lebat yang melanda seluruh negara sejak minggu lepas, paras air semakin naik menyebabkan beberapa buah negeri terutamanya di Pahang berlakunya banjir besar sehingga paras air naik sampai ke bumbung rumah!


Operasi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir yang terperangkap ini giat dilakukan untuk memindahkan mereka ke tempat pemindahan sementara yang telah ditetapkan.

Namun, berat dugaan bagi mangsa-mangsa banjir ini apabila bot yang dinaiki mereka karam pula secara tiba-tiba.

Rakaman video yang tular di media sosial ini memperlihatkan beberapa orang mangsa banjir berkemungkinan sebuah keluarga sedang diselamatkan oleh seorang petugas dengan menaiki sebuah bot untuk dipindahkan ke tempat pemindahan sementara.

Kejadian dikatakan berlaku di jalan masuk ke Jenderak Utara/Selatan, Kuala Krau di Temerloh, Pahang.

Kejadian di jalan masuk ke Jenderak Utara / Selatan, Kuala Krau, Temerloh Pahang..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, January 4, 2021

 

Bot bawa mangsa banjir dalam keadaan laju

Video tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang mangsa banjir yang berada di dalam sebuah bot lain. Dapat dilihat bot yang membawa mangsa banjir itu datang dari arah bertentangan dalam keadaan yang agak laju dan terumbang-ambing di atas air banjir.

Bukan sahaja dinaiki oleh beberapa orang mangsa, malah bot itu turut dipenuhi dengan muatan barangan keperluan yang lain.

 

Bot tenggelam bahagian depan

Berkemungkinan dari air banjir yang agak bergelora disusuli dengan berat muatan pada bahagian hadapan bot tidak dapat ditampung menyebabkan bot itu tenggelam pada bahagian hadapan secara tiba-tiba sebelum terbalik pula ke bahagian sisi.

Banjir 1

Banjir 2

Hal ini menyebabkan kesemua mereka turut terbalik dan jatuh ke dalam air banjir. Apa yang lebih merisaukan, terdapat juga seorang budak kecil yang turut dibawa bersama di dalam bot itu!

Allahu, sudah jatuh ditimpa tangga pula. 

 

Nasib baik ada mangsa banjir lain datang tolong

Mujur sahaja beberapa orang mangsa banjir lain yang turut berada di situ pantas memberikan bantuan kepada kesemuanya dengan cuba untuk membawa naik mereka bersama dengan barangan yang turut tenggelam itu ke atas bot masing-masing.

Klip video yang berdurasi selama beberapa minit itu berjaya tular dan meraih perhatian netizen di media sosial. Rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dengan keselamatan mangsa-mangsa banjir tersebut.

Namun, tak kurang juga ada yang mengkritik cara jurumudi itu mengendalikan bot tersebut sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan yang tidak terjangka ini.

Syukur, tak jadi apa-apa dan masih ada insan yang prihatin menghulurkan bantuan. 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Baca: “Ha dah oyak dah!” – [Video] Dua Lelaki Berputih Mata, Motosikal ‘Ditelan’ Arus Selepas Cubaan Redah Banjir

Baca Banjir

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.