in

KPM Sahkan Tidak Pernah Keluarkan Sebarang ‘Ranking’ Sekolah Berdasarkan SPM

Untitled Design 2022 06 23T121931.375

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tanggal 16 Jun, calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 mendapat keputusan mereka dan kebiasaanya setiap tahun akan adanya senarai ranking sekolah-sekolah yang mengikut keputusan SPM pelajarnya.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, ranking tersebut biasanya menyenaraikan sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Ranking Spm

Pun begitu, menurut laporan Astro AWANI, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan senarai ranking sekolah berdasarkan keputusan SPM, namun Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pihaknya bagaimanapun tidak boleh menghalang jika ada pihak luar yang mahu mengeluarkan senarai sedemikian.

“Saya tidak tahu dari mana senarai itu diperolehi. KPM tidak pernah keluarkan ranking sekolah berdasarkan keputusan SPM. Bukan tahun ini sahaja, tahun sebelum ini pun tidak ada.

Kalau ada pihak luar yang berusaha keras mengumpul maklumat untuk keluarkan ranking tersebut, kami tidak boleh halang tetapi KPM tidak pernah berbuat demikian.

Saya harap mana-mana pihak, sebelum membuat ulasan tentang sesuatu, pastikan sumbernya sahih kerana ini beri kesan kepada keseluruhan sistem, seolah-olah wujud ranking untuk membanding-bandingkan sekolah,” katanya.

Selain itu, Radzi memberitahu KPM juga tidak mempunyai perancangan untuk mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam SPM.

Tak payahlah, ranking-ranking ni asalkan dah buat terbaik kan?

Baca: Ramai Bangga Tengok Keputusan Cemerlang SPM Pelajar-pelajar Sekolah Henry Gurney

Page Spm

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.