in

Ramai Bangga Tengok Keputusan Cemerlang SPM Pelajar-pelajar Sekolah Henry Gurney

Page Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lalu sampai lah ke hari ni, boleh dikatakan masih lagi ‘hot’ dengan topik mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021. Bagi yang dapat keputusan cemerlang tu, tahniah min ucapkan!


Pun begitu, turut ada juga yang bangga tunjukkan result diorang yang memperoleh straight G dan bukannya A sehingga mendapat kecaman dari netizen kerana menyifatkan ianya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Tapi baru-baru ni, tular di media sosial apabila difahamkan lapan orang pelajar dari Sekolah Henry Gurney yang memperoleh keputusan cemerlang bagi SPM 2021.

Macam yang korang tahu, Sekolah Henry Gurney yang terletak di Telok Mas, Melaka ini merupakan institusi yang dikhususkan bagi pembentukan akhlak untuk pelajar yang bermasalah dan lebih fokus kepada latihan vokasional.

“Diorang layak diraikan”

Dari perkongsian gambar itu, dua orang dari lapan pelajar berjaya memperoleh 7A, empat orang dengan 6A manakala selebihnya masing-masing dengan keputusan 5A bersama dengan barisan pengajar.

Berita gembira itu mendapat perhatian warganet sampaikan tweet tersebut mendapat lebih dari 10K retweet dan 33K likes setakat ini kerana rata-rata meluahkan rasa bangga mereka dengan kejayaan yang diperoleh oleh pelajar-pelajar itu.

Komen Full 7

Tak kurang juga yang mengatakan bahawa kejayaan mereka ni sepatutnya dijadikan sebagai inspirasi dan juga teladan kepada pelajar lain kerana untuk memperoleh keputusan cemerlang bukanlah mudah malah memerlukan usaha yang kuat.

Tahniah diucapkan untuk korang! Min tumpang gembira. Hihihi…

Baca: “Betul SPM bukan segala-galanya tapi” – Recruiter Jelaskan 5 Kesan Gagal SPM Dalam Dunia Kerja

Untitled 2 15

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.