in

“Kos hampir RM 110,000” – Bapa Biarkan Kanser Perut Melarat Untuk Dahulukan Rawatan Breastcancer Isteri & ‘Lupus’ Anak

Father 770X409

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa sanggup korbankan penyakit barahnya daripada mendapatkan rawatan demi nak berjimat untuk rawatan isterinya yang juga menghidap kanser dan anaknya yang terkena penyakit Lupus (sejenis penyakit kulit).


Ke Meinan 42, penghidap kanser perut pada tahun 2015 manakala isterinya Wang Huaying 46, penghidap barah payu dara. Anaknya yang berumur 16 tahun pula kena penyakit Lupus iaitu gangguan autoimun yang menjejaskan tisu dalam badan.

 

Terpaksa jual rumah

https://www.youtube.com/watch?v=tiohXSyONec

Menurut Nextshark, keluarga dari daerah China Timur ni terpaksa menjual rumah mereka dan terpaksa pinjam duit daripada ahli keluarga dan sahabat mereka.

“Kos perbelanjaan semua 180,000 yuan (RM 108,214.34)” – Ke Meinan

Jadi disebabkan nak jimat kos perubatan, Ke dan isterinya berfikir siapa yang patut dapatkan rawatan dulu memandangkan kos yang mereka ada tak cukup untuk menampung mereka bertiga.

 

Terima sumbangan ikhlas setelah kisah jadi viral

Ke 3 E1562179738705

Ke membuat keputusan untuk mendahulukan isterinya Wang untuk mendapatkan rawatan tu. Sedihnya dengan pesanan Ke kepada Wang ni.

“Awak patut besarkan anak kita sampai dia dewasa”

Setelah kisah pilu mereka sekeluarga viral, mereka akhirnya menerima 900,000 yuan (RM 541,071.71) dalam masa 6 jam!

Ke 2 E1562179811921

“Duit yang kami terima dah cukup untuk rawatan anak kami. Jadi anda semua dah boleh berhenti menderma kami”

Kata Wang yang berterima kasih kepada orang umum yang menyalurkan bantuan kepada mereka.

 

Baca : Anak Beranak Hadapi Kanser, Bapa Meninggal Dunia Sebab Hentikan ‘Treatment’ Demi Teruskan Rawatan Anak

Kanseranakberanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.