in

Anak Beranak Hadapi Kanser, Bapa Meninggal Dunia Sebab Hentikan ‘Treatment’ Demi Teruskan Rawatan Anak

130319 Cancer Weibo 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mak ayah manalah yang sanggup melihat anaknya dalam kesusahan, mereka sanggup pendamkan keperitan mereka demi melihat anaknya bahagia.

Sebak bila baca kisah ini, si Ayah sanggup ‘korbankan’ diri demi anaknya itu. Kedua-duanya menghidap kanser, jadi si ayah sanggup utamakan anaknya.


 

Bapa menghidap kanser paru-paru, anak menghidap limfoma

130319 Cancer Weibo
Sumber : asiaone

Satu pengorbanan yang tak terhingga, sanggup hentikan rawatan demi menampung bil perubatan anak perempuannya.

Menurut sumber Asia One, Sun Ying, 21 tahun yang sedang menjalani pendidikannya di universiti tempatan di China disahkan menghidap barah limfoma pada tahun 2015.

Ayahnya pula hidap barah paru-paru pada tahun 2014, berita mendukacitakan itu telah membuatkan ayahnya memberhentikan rawatan susulan dek kerana ingin menyelamatkan anaknya itu.

 

Bapa meninggal dunia pada Disember 2015

Disebabkan itu, keadaan ayahnya makin teruk dan kanser imenjadi semakin parah. Akhirnya ayahnya meninggal dunia.

Sementara itu Sun Ying tetap berjuang menjalani 30 sesi chemotherapy dan  20 radiotherapy pada masa same dia meneruskan pengajiannya tanpa putus asa dan berjaya memperoleh keputusan cemerlang!

Walaubagaimanapun, berbeza dengan keputusan rawatan kansernya. Ia memberikan kesan drastik pada fizikalnya dimana berat badannya bertambah sehingga 18 kilogram (berat asal 45 kilogram) dan semua rambutnya gugur..

Terlantar 5 bulan dan hampir berputus asa

19081 1552474059

Sakitnya menyerang 3 kali dalam tempah 3 tahun dan hampir berputus asa tahun lepas apabila dia terlantar diatas katil selama 5 bulan kerana demam dengan suhu panas dalam badan sebanyak 40 darjah.

Dia terpaksa melanjutkan cuti sekolahnya ekoran dengan keadaannya itu. Bagaimanapun semangatnya kembali apabila guru-guru dan rakan-rakannya mengetahui keadaannya dan salurkan sumbangan lebih daripada 100,000 yuan bagi menampung kos rawatannya.

Selepas melihat semua orang berusaha membantu saya, saya tidak mahu menyerah, walaupun saya mati, saya tidak boleh tinggalkan ibu begitu sahaja”

 

Dokumentasikan perjuangannya melawan kanser

19081 1552474400

Memandangkan melukis adalah salah satu hobi Sun Ying, dia membuat keputusan untuk mendokumentasikan perjuangannya melawan kanser dalam diari hariannya.

Lakaran komik berwarna-warni itu dimuat naik di media sosial negara itu. Dia kongsikan pejalanannya dari awal sehingga rawatan seterusnya yang akan datang dengan harapan agar dapat memberikan inspirasi kepada pesakit kanser diluar sana.

Malah pihak institut pengajiannya Henan Normal University juga berkongsikan kisahnya itu di laman media sosial rasmi mereka. 

Sehingga kini Sun Yi masih menjalani kemoterapi dan berharap keadaannya bertambah baik sebelum dia boleh menjalani pemindahan sel stem.

Mudah-mudahan semua urusan dipermudahkan dan lekas sembuh.

 

Sumber : “Ibu kerja cleaner, ayah pula penoreh getah..”- Kisah Sedih Gadis Penghidap Kanser Limfoma Tahap 4 Ni Buat Netizen Sebak

Limfoma

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.