in

Kontroversi Dokumentari Al Jazeera! Rupanya Suruh Krew Sendiri Jadi Pesakit Warga Asing & ‘Tahanan Jadian’

Ft 1

Siaran dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang disiarkan oleh Al Jazeera menerima kritikan hebat khususnya rakyat Malaysia selepas stesen televisyen itu dilihat seolah-olah cuba memburukkan imej negara dengan mendakwa negara memberikan layanan buruk kepada warga asing dinegara ini ketika menangani Covid-19.

Malah dokumentari itu juga dilihat berat sebelah dan seolah-olah mempunyai agenda tertentu.

Sehinggakan kerajaan sendiri kecewa dengan dokumentari tersebut, malah Al Jazeera juga dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis.

Pelbagai laporan polis juga dibuat ke atas stesen tv tersebut termasuk Rayhan Kabir, lelaki warga Bangladesh yang ditemubual dan menjadi jurucakap kepada Al Jazeera dalam dokumentari tersebut.

 

Bukan kes pertama Al Jazeera cuba burukkan Malaysia…

Ingatkan ini kes pertama, rupanya sebelum ini stesen tv sama pernah melakukan ‘taktik kotor’ untuk mendapatkan content yang diinginkan mereka.

Baca perkongsian Anna Amdan di facebook mengenai dokumentari Al Jazeera mengenai perkhidmatan kesihatan Malaysia.

 

Harap kali ini Al Jazeera bertemu buku dengan ruas!!!. Allahu Akhbar! Bukan kali pertama membuat onar memburukkan nama negara kita…

Harap kali ini AlJazeera bertemu buku dengan ruas!!!. Allahu Akhbar!Bukan kali pertama membuat onar memburukkan nama…

Posted by Anna Amdan on Selasa, 7 Julai 2020

 

Konon nak tunjuk perkhidmatan kesihatan Malaysia yang prihatin, so kita tolong untuk penggambaran…

Macam mamat hensem steve chao ni konon buat dokumentari nak tunjuk perkhidmatan kesihatan kita yang prihatin tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara….

beriya-iyelah kita membuat persiapan membantu proses pengambaran, bukannya susahpun memang setiap hari doktor-doktor kita merawat warga asing, legal ke illegal ke stateless ke semua ada…..yang utama adalah ‘meneyelamatkan nyawa’!.

Tuh belum lagi yang cerita doktor ngan nurse kat wad pungut duit belikan tiket kapal terbang, eh macam-macamlah kita buat bantu mereka ni. Kalau dekat negara mereka…???? Ada duit? Ada insurans?….itu yang doktor tanya dulu baru rawat. Kita?….rawat dulu!!!

 

Lain yang dikata, lain yang dirakam. Siap suruh kru sendiri jadi pesakit warga asing yang ‘kita tak rawat sewajarnya’…

Rupanya lain yang dirakam lain yang dikata. Mereka kata kita tidak memberikan rawatan kepada warga asing. Siap pulak tiba-tiba dalam dokumentari tu ada pesakit di wad duduk atas katil yang sebenarnya pelajar intern orang Sarawak yang merupakan salah seorang krew mereka yang kononnya pesakit warga asing yang kita tidak rawat sewajarnya. Memang hati rasa tak sedap masa terima permohonan mereka tapi sebab ada lampiran surat kelulusan DG waktu itu maka kita pertimbangkanlah.

Bukan setakat perkhidmatan kesihatan khususnya HKL sahaja yang KENA tetapi pihak Imigresen juga ditipu hidup-hidup oleh spesis ini. Mereka masuk ke pusat tahanan kalau tak silap area Negeri Sembilan, kononnya nak buat CSR yang diketuai oleh seorang paderi. Rupanya paderi olok-olok tu pakai kamera kecil yang diletakkan dalam jubahnya. Memanglah pusat tahanan kita bukan macam hotel 5 bintang, tapi makan 5-6kali free sehari tu apa citer. Sambil memberi goodies mereka berlakon, ada shj krew mereka yang tiba-tiba menjadi orang tahanan jadi-jadian.

Samalah seperti di wad dahulu tu. Patutlah bila aku selidik macam2 pasal krew jadi-jadian tu mereka tak berapa nak layan. Rupanya ada udang disebalik mee goreng mamak.

 

Dipanggil MKN sebab wartawan Al Jazeera…

Berombonganlah selepas itu…aku, wakil imigresen, wisma putra, entah mana lagi agensi terlibat dipanggil oleh MKN gara-gara mamat AlJazeera hensem. Berkajanglah pulak nak membuat report.

Akhir kalam don’t judge the book by it’s cover hehehe

 

Apa pandangan korang?

Baca : Siapa Rayhan Kabir, Lelaki Bangladesh Yang Buka Cerita; Kepada Al Jazeera

Screenshot 2020 07 08 At 6.26.54 Pm