in

Siapa Rayhan Kabir, Lelaki Bangladesh Yang ‘Buka Cerita’ Kepada Al Jazeera

Feat 1

Sehari dua ni kecoh mengenai laporan AL-Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mendakwa terdapat diskriminasi perkauman ketika Malaysia menangani Covid-19.

Dalam laporan tersebut menyatakan yang Malaysia tidak memberi layanan sewajarnya kepada pendatang asing tanpa izin (PATI), malah ada kenyataan seolah-olah memberi gambaran bahaya Malaysia layan PATI seperti binatang.

Namun yang mencuri tumpuan dalam laporan tersebut ialah Rayhan Kabir, lelaki Bangladesh yang ditemuramah Al-Jazeera selain menjadi jurucakap kepada warga asing yang lain.

We are treating them like animal, this is not the way to treat a migrant worker. It is not the way to treat a human”

They’re not murderers. They’re not criminals. They’re just undocumented.”

2 2 2

Ini merupakan antara kenyataan yang dibuat Rayhan ketika ditemubual Al Jazeera.

 

Siapa Rayhan Kabir?

Ekoran dari laporan yang dianggap ‘berat sebelah’ dah tidak tepat itu, ramai netizen yang mula mencari siapakah Rayhan, petik Remaja.

Hasil carian mendapati Rayhan lelaki ini telah menutup akaun facebooknya atas nama Rayhan Kabir…mungkin ramai yang dm dia kot

Merupakan Head Of Marketing di Malik Streams Production & Distribution dan Head of News di Narayanganj24seven.

Belajar di Universiti Kuala Lumpur (British Malaysian Institute) dan menetap di Kuala Lumpur.

Profile

Kebenaran perkongsian Rayhan dan rakannya ini tidak dapat dipastikan, namun yang jelas ia mendapat kecaman daripada seluruh rakyat Malaysia malah kerajaan sendiri kecewa dengan laporan tersebut.

Ia bukan sahaja memberi imej buruk kepada negara malah memberi bayangan negara bersikap ‘tidak berperikemanusiaan’ kepada warga asing.

Difahamkan sebelum Rayhan menutup akaunnya, dia ada memuatnaik posting berkenaan temubualnya dengan Al-Jazeera.

Last Post Fb

Terbaru difahamkan Al Jazeera akan dipanggil polis untuk disoal siasat selepas polis terima laporan berkaitan media tersebut yang didakwa mengeluarkan berita mendakwa Malaysia diskriminasi pendatang asing, lapor FMT.

Ketua Polis Negara berkata siasatan ini akan melihat sama ada terdapat unsur hasutan atau salah laku undang-undang termasuk mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Laporan penuh Al-Jazeera korang boleh tonton kat SINI.

 

Baca : “Suka hati je buat fakta sendiri” ; Netizen Berang Agensi Berita Antarabangsa Lapor Berita Salah Tentang Malaysia Kawal Pandemik Covid-19

Baca 3

Sumber: Al Jazeera
Sumber: Remaja
Sumber: Remaja