in

“Konsert terkinja-kinja senang nak lulus” – Netizen Tak Puas Hati Ceramah Ustaz Wadi Annuar Dibatalkan

Ustaz Wadi Ceramah Batal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika bulan lepas, kecoh diperkatakan mengenai ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Selangor yang telah dibatalkan susulan dikatakan tidak mempunyai tauliah mengajar agama di negeri tersebut.


Semalam, heboh lagi mengenai isu yang serupa apabila dua ceramah melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar di Selangor pada 10 dan 11 Mac telah dibatalkan, lapor Sinar Harian.

Ustaz Wadi Anuar

“Semoga Allah memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu” 

Menerusi posting yang dikongsikan Facebook rasmi Ustaz Wadi Annuar, pihak pendakwah berkenaan memaklumkan pembatalan dua majlis ilmu terbabit yang bertempat di Selangor.

Dua lokasi tersebut ialah di Majlis Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Manakala majlis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berlangsung seperti biasa.

MAKLUMAN PEMBATALAN CERAMAH DI SELANGORDimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di…

Posted by Ustaz Wadi Annuar on Saturday, March 4, 2023

Dimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di Negeri Selangor telah DIBATALKAN. Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.

“Segala kesulitan amat dikesali. Semoga Allah ﷻ memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” tulisnya.

“Ceramah agama banyak tak boleh buat…. artis korea kemain sambut” 

Posting pemberitahuan mengenai pembatalan ceramah berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang membandingkan ia dengan penganjuran konsert artis luar negara di negeri tersebut.

Ustaz Wadi

Kita tunggu pihak JAIS membuat penjelasan berhubung isu ini. 

Baca: “Bila orang mengajak maksiat dialu-alukan” – Ramai Berang Kuliah UAI DI Shah Alam Dibatalkan

Uai

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.