in

“Kok kepikiran liburan ya masa pandemik ini” – Airport Sesak, Indonesia Tiba-Tiba Tutup Sempadan Kepada Warga Asing

Indo 2020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun kes COVID 19 makin meningkat, rata-rata rakyat di Malaysia nampaknya sedang rancak bercuti ke sana ke sini di dalam negara. Kalau kita fikir rakyat di negara kita saja begitu, well nampaknya korang kena tengok apa yang berlaku kepada negara jiran kita pula.


Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen Indonesia meluahkan rasa kesalnya apabila viral gambar keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta yang kelihatan sangat sesak dengan pelancong. 

Yang paling jelas, tiada penjarakan sosial antara setiap individu di lapangan terbang tersebut dan protokol di airport tersebut juga katanya agak ‘ke laut’.

 

Tutup sempadan, kuarantin hanya 5 hari?

Perkongsian tersebut telah mendapat respon netizen lain yang sempat merungut bahawa keadaan di airport tu sangat ‘gawat’ kerana kerajaan negara tersebut tiba-tiba membuat undang-undang baru yang meminta mereka yang baru tiba dari negara luar untuk dikuarantin selama 5 hari. 5 hari jeee? 

Menurut CNN Indonesia, kerajaan Indonesia juga telah mengambil tindakan dengan menutup sempadan negeri tersebut daripada warga asing untuk masuk ke Indonesia mulai 1 hingga 14 Januari berikutan tersebarnya mutasi baru COVID 19 dari United Kingdom di beberapa negara.

 

“Kok orang-orang bisa kepikiran ya buat liburan ke luar kota/negeri” 

Apa yang mengejutkan netizen, saat negara masih melawan pandemik, rakyat dan individu yang datang ke Indonesia ini seperti sudah hilang rasa takut dengan COVID 19 dan kebal daripada virus tersebut.

Mereka juga seakan-akan tidak lagi kasihan dengan jerih dan penat frontliners berjuang demi menyelamatkan mereka yang tenat akibat penyakit ini.

Gilak

Selain situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, perkara yang sama juga berlaku di Denpasar, Bandara Ngurah Rai, Bali dan beberapa tempat lain lagi di Indonesia yang menjadi tumpuan pelancong.

View this post on Instagram

A post shared by BALI_UNDERCOVER ? (@jeg.bali)

Adoi scary min tengok ramai-ramai berkumpul macam tu. Dorang relaks je macam kebal COVID 19 ye.

Baca: “Vaksin COVID 19 GRATIS!” – Presiden Indonesia, Joko Widodo Jadi Orang Pertama Terima Vaksin, Mahu Tarik Kepercayaan Rakyat

Jokowi

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.